“Senyuman manis gadis Sabah ini buat ramai Cair” – Seorang lagi ‘kembar’ Mira Filzah ditemui

Gadis dari Sabah memang tidak dapat dinafikan ramai yang memiliki rupa paras yang jelita, malah dahulu seorang gadis Sabah dikenali sebagai Tracie Sinidol pernah dikatakan sebagai ‘kembar’ Mira Filzah dek kerana wajah yang seiras.

Terbaru, seorang lagi ‘kembar’ Mira Filzah telah ditemui iaitu gadis bernama Nicole Alph berusia 24 tahun, yang juga berasal dari Sabah, dikatakan mempunyai wajah mirip dengan pelakon wanita tersebut.

Wajah comel dan ayu saling, ditambah pula dengan senyuman manisnya seakan-akan Mira Filzah, telah berjaya menarik perhatian ramai dengan wajah yang dimilikinya itu.

Difahamkan, Nicole Alph mendapat pendidikan di Asian Tourism International College dan kini bekerja sebagai pegawai bank serta kini menetap di Kota Kinabalu.

Pernah menyertai pertandingan ratu cantik, mewakili daerah Karambunai. Berkat bakat dan kecantikannya, dia berjaya memenangi gelaran Unduk Ngadau Karambunai pada tahun 2018.

Sumber : Nicole Alph & Mohd Noor

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber OhMyMedia

 

 

Be the first to comment on "“Senyuman manis gadis Sabah ini buat ramai Cair” – Seorang lagi ‘kembar’ Mira Filzah ditemui"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares