“Amalan harian lelaki ini yang penuh kejujuran” – Berkat hati yang jujur warga emas ini ditaja tunai ibadah umrah

Menunaikan ibadah haji atau umrah merupakan satu impian buat semua umat islam di seluruh muka bumi ini. Hal ini kerana bukan semua orang berpeluang dipanggil untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Quwwatun Aqilah Mohamad, dia telah menceritakan perihal bapa saudaranya yang dipanggil Pak Su yang menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan umrah tempoh hari.

Menurutnya, Pak Su merupakan seorang warga emas yang mencari rezeki dengan menjual santan dan juga menghantar budak-budak ke sekolah. Dia telah ditaja untuk menunaikan umrah.

Menurut perkongsian tersebut, Pak Su kepada Aqilah seorang yang sangat bersederhana kerana ketika mengemas pakaian untuk berangkat ke Tanah Suci, dia hanya membawa beberapa helai pakaian sahaja sedangkan akan berada ke sana kira-kira 12 hari.

Tambah Aqilah lagi, dia berasa kagum dengan pakciknya itu yang merasakan semua perkara sudah cukup untuk dirinya tanpa perlu membazir atau sebagainya.

Dia juga megakui amalan harian lelaki tua itu yang penuh kejujuran  berkemungkinan menghadirkan sesuatu yang baik untuknya.

Sehubungan dengan perkongsian menarik daripada pengguna Facebook tersebut mengenai pakciknya, rata-rata warganet telah meninggalkan maklum balas yang pelbagai di ruangan tersebut.

Sumber  : Quwwatun Aqilah Mohamad Dan OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Be the first to comment on "“Amalan harian lelaki ini yang penuh kejujuran” – Berkat hati yang jujur warga emas ini ditaja tunai ibadah umrah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares