“Sejak Menang Asia Ni Makin Kelakar” – Bila Jihan Muse Jadi ‘Puteri Yang Ditukar’

 

Sesiapa yang mengikuti laman sosial KDYMM Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sudah pasti mengetahui bahawa baginda kerap memuat naik gambar-gambar santai bersama keluarga.

Baginda Permaisuri juga tidak lokek memuat naik gambar dengan anakanda-anakanda tersayang terutamanya puteri bongsu baginda, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah.

Baru-baru ini, Tunku Azizah telah membuat satu posting gambar bersama puteri bongsu baginda dengan kapsyen mendoakan agar Tengku Puteri Jihan lekas sembuh daripada demam.


Namun begitu, secara berseloroh, pengacara hebat tanah air yang juga secara kebetulan mempunyai nama hampir sama dengan Tengku Puteri Jihan telah membalas ucapan tersebut.

Jihan Muse yang sememangnya terkenal dengan jenaka serta gurauan spontan telah membalas “Thanks mama” diatas ucapan tersebut.

Terhibur dengan gurauan Jihan Muse, Tengku Puteri Jihan  dilihat membalas tweet pengacara tersebut dalam nada bergurau juga.

Jihan Muse  telah membalas tweet itu dan sempat lagi mengatakan bahawa dia terfikir adakah dia  puteri yang ditukar sebelum ini secara berseloroh.

 

Sehubungan dengan gurauan tersebut, rata-rata pengguna Twitter seakan terhibur dengan gelagah Jihan Muse serta respon yang diterima daripada Tengku Jihan sendiri.

Mereka telah meninggalkan maklum balas di komen posting tersebut dan turut sama berseloroh dengan Kerabat Diraja itu serta Jihan Muse.

 

Sumber : OMM,  Cheminahsayang, Jihanabdullah27, Jihanrajalawak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment on "“Sejak Menang Asia Ni Makin Kelakar” – Bila Jihan Muse Jadi ‘Puteri Yang Ditukar’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares