Biodata Shaza Bae, Dewi Remaja 2019

Baru-baru ini telah berakhirnya pencarian Dewi Remaja 2019. Acara pertandingan yang mencari bakat baru untuk menjadi inspirasi kepada anak-anak muda lain ini telah menyaksikan satu lagi bintang bersinar dianugerahkan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae. Oleh itu jom kenali serba sedikit mengenainya melalui biodata Shaza Bae ini.

Biodata Shaza Bae

NAMA PENUH: Shaza Nuriman Mohamad Zamri

NAMA PANGGILAN: Shaza Bae

ASAL: Kuala Lumpur

UMUR: 24 Tahun

PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Seni dari Universiti Malaya (UM)

INSTAGRAM: shazabae_

Latarbelakang

Pernah berlakon iklan pertamanya bersama Petronas pada usia 17 tahun, Shaza Bae antara peserta Dewi Remaja musim ini yang paling tidak kekok bila berhadapan dengan kamera. Malahan bakat lakonannya juga menjadi salah satu kelebihan kepada gadis ini.

Tambahan pula, kerjaya Shaza Bae sebagai wartawan dan hos untuk sebuah saluran digital membuatkan dia sangat selesa dan yakin bila melalui cabaran dalam pencarian ini.

Petah apabila berkata-kata, Shaza Bae mengidolakan Emma Watson kerana sukakan cara pelakon ini membuat kerja-kerja amal dan dapat memberi semula kepada masyarakat.

Instagram Shaza Bae kini memiliki 36,200 followers. Harapnya juara takhta Dewi Remaja kali ini akan terus bersinar bagaikan bintang di waktu malam.

Foto-foto

shaza bae 4

shaza bae 5

shaza bae 6

shaza bae 1

shaza bae 2

shaza bae 3

Sumber: Remaja / Shaza Bae

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Be the first to comment on "Biodata Shaza Bae, Dewi Remaja 2019"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares