“Orang bujang berkemungkinan dibenarkan merentas negeri mulai minggu depan”

KUALA LUMPUR: Orang bujang berkemungkinan dibenarkan merentas negeri mulai minggu depan, bergantung kepada pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata golongan bujang perlu bersabar menunggu pengumuman Perdana Menteri.

“Untuk orang bujang, saya difahamkan esok Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu, maka kita tunggu.

Larangan rentas negeri masih kekal: Ismail Sabri

“Saya takut kalau saya umumkan nanti berbeza atau lebih awal daripada Perdana Menteri. Tentu saja banyak perkara akan disebut esok, kita tunggu.

“Kalau tak sebut, baru saya sebut untuk orang bujang (kebenaran rentas negeri). Maka, bersabarlah hingga esok” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, Boleh rentas negeri, tapi bersyarat.

PUTRAJAYA: : Mesyuarat Khas Menteri hari ini bersetuju untuk kembali memberi kelonggaran rentas negeri bermula 1 Jun ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, kebenaran hanya akan diberi kepada pasangan terpisah, urusan kesihatan, bekerja dan kecemasan seperti kematian.

“Perjalanan merentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi urusan kerja dan kes-kes kecemasan seperti kematian atau perubatan.

“Setelah mendapat nasihat pihak PDRM, Mesyuarat Khas Menteri mengenai Pelaksanaan PKP hari ini bersetuju bahawa pasangan suami isteri yang berjauhan dibenarkan untuk merentas negeri bermula 1 Jun 2020,” katanya pada sidang media harian di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, pada 21 Mei lalu, Ismail Sabri mengumumkan tiada lagi pergerakan rentas negeri yang dibenarkan menjelang perayaan Aidilfitri sebelum ini.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan masih ada yang beratur panjang di balai polis untuk mendapatkan kebenaran balik kampung seperti yang berlaku di Kuantan.

Lebih memeritkan, kelonggaran kepada suami isteri yang menjalin hubungan rentas negeri untuk dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing pada hujung minggu juga turut ditarik balik kerajaan.

Sumber Hmetro

Be the first to comment on "“Orang bujang berkemungkinan dibenarkan merentas negeri mulai minggu depan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares