Perjalanan rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun 2020

Semalam semasa siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ramai rakyat yang menunggu jawapan samada PKPB akan disambung selepas 9hb June 2020 atau pun tidak.

Tetapi di dalam ucapan perutusan khas Perdana Menteri tiada menyebut apa apa tentang PKPB disambung atau tidak.

Rata rata rakyat membuat spekulasi bahawa PKPB memang akan disambung semula.

Perdana Menteri akan umumkan sesuatu hari ini

Seperti biasa sidang media tentang keadaan terkini PKPB disampaikan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Segala info tentang apa yang berlaku akan disampaikan oleh beliau.

Seperti biasa juga, beliau akan membuka ruang soalan untuk wartawan bertanyakan soalan kepada beliau.

Wartawan bertanyakan soalan tentang hal orang bujang untuk pergerakkan merentas negeri kerana untuk yang berkahwin sudah boleh merentas negeri.

Ketika Menteri Ismail Sabri menjawab soalan wartawan tersebut dia menyebut “Tunggu lah. Esok Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu, banyak perkara yang akan disebut.

“Kalau saya tak sebut (mengenai pergerakan orang bujang) saya akan sebut, untuk orang bujang bersabar hingga esok,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau memberitahu bahawa dia tidak mahu umumkan dahulu tetapi sekiranya YAB Perdana Menteri tidak buat sebarang pengumuman, dia sendiri akan dedahkan apa yang sepatutnya.

Perjalanan rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun 2020. Ikuti video pengumuman di bawah

Rj

 

Be the first to comment on "Perjalanan rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun 2020"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares