Niat Si Adik Untuk Carikan Jodoh Buat Kakaknya Di Media Sosial, Akhirnya Tidak Disangka Perkara Ini Yang Terjadi

KALAU sudah sampai ‘seru’, mulalah seseorang itu terfikir soal jodoh dan berasa sudah bersedia untuk berkongsi kehidupan dengan pasangan sehidup semati.

Bagi mereka yang belum mempunyai calon terutamanya yang sudah berusia, sudah pasti hati risau memikirkan nasib hidup membujang sampai ke tua.

Dalam sesetengah situasi, bukan empunya diri saja yang bimbang sebaliknya ibu bapa dan adik beradik lain turut berasa tekanannya.

Begitulah yang dialami seorang gadis bernama Maisarah yang bingung memikirkan nasib kakaknya yang sehingga kini belum bertemu jodoh.

Maisarah yang berusia awal 20-an berkata kakaknya masih belum menjumpai lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami walaupun sudah cuba menjalinkan hubungan serius dengan beberapa jejaka.

”Saya dah penat tengok kakak saya kenal dengan ramai lelaki tapi selalu tak jadi.Bukan dia memilih, saya fikir mungkin belum jumpa jodoh. Kesian juga saya tengok dia, ” katanya kepada mStar.

Sebagai usaha, Maisarah mengambil keputusan membuat hebahan di Twitter bagi membantu mencari jodoh untuk kakaknya.

Tweet itu tular dan disambut baik oleh netizen dengan pelbagai komen dan perkongsian diterima.

”Tak sangka pula ramai yang senasib dengan kakak saya.Ramai lelaki yang DM (direct message) nak kenal-kenal dengan kakak dan ada juga yang cuba satukan abang atau adik lelaki mereka dengan kakak saya, ” katanya.

Dalam pada itu, Maisarah mengakui dalam ramai-ramai lelaki yang berminat untuk berkenalan dengan kakaknya, ada seorang jejaka yang telah mencuri tumpuannya.

Bagaimanapun kata Maisarah, dia menganggap ini bukanlah masa yang sesuai untuk dirinya mencari calon suami, tetapi tetap percaya bahawa jodoh pertemuan terletak di tangan Tuhan.

“Ada juga minat seorang ni… tapi saya fikir belum tiba masanya lagi.

”Memang susah juga nak percaya lelaki yang kenal online, tapi saya yakin ada je yang baik-baik dan boleh dipercayai. Sama macam orang lain, mereka pun dah tentu inginkan jodoh yang baik-baik juga,” katanya.

Mengulas mengenai reaksi kakaknya sebaik mengetahui tweet tentang dirinya tular, Maisarah berkata kakaknya tidak menunjukkan tanda-tanda marah atau kurang senang dengan tindakannya.

“Kakak saya sebenarnya tak kisah sangat pun tak jumpa jodoh walaupun usia dia dah lanjut.Dia sporting je, saya bagi dia baca semua DM dekat Twitter dan dia juga tengok gambar-gambar mereka yang nak kenal tu.Sabar jap, kami kena tapis-tapis dulu,” ujarnya berseloroh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Sumber:MSTARONLINE

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.Sekian Terima Kasih

Be the first to comment on "Niat Si Adik Untuk Carikan Jodoh Buat Kakaknya Di Media Sosial, Akhirnya Tidak Disangka Perkara Ini Yang Terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*