Kamal Adli Buat Kejutan Kepada Uqasha Senrose Di Pentas Anugerah Meletop 2020

PELAKON Kamal Adli menggamatkan pentas Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) apabila membuat kejutan dengan melamar pelakon Uqasha Senrose, malam Ahad.

Kamal, 34, melafazkan kata lamaran dengan menyampaikan sebentuk cincin berlian dengan berlutut di hadapan aktres tersebut sambil bersaksikan penonton menerusi siaran langsung tersebut yang disiarkan di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

“Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya?

“Awak ni sedang promote drama baharu kita ke?” tanya Uqasha yang nyata terkejut dengan lamaran tersebut.

Kamal lamar Uqasha semasa program AME2020.

Kamal kemudiannya, mengulang semula soalannya sebelum Uqasha, 28, menjawab ‘yes’ sambil disambut sorakan penonton.

Kisah percintaan Kamal dan Uqasha mula menjadi perhatian semenjak mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad tahun lalu.

Sebelum ini, pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa, Michael Ang secara tidak sengaja memecahkan rahsia bahawa pasangan ini mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang ketika penggambaran drama berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Mstar Online

Be the first to comment on "Kamal Adli Buat Kejutan Kepada Uqasha Senrose Di Pentas Anugerah Meletop 2020"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*