Ali Puteh Luah Rasa Rindu Kerana Sudah Masuk 5 Hari Tidak Dapat Jumpa Mak

Pelawak Ali Puteh meluahkan rasa rindu terhadap ibu, Sabariah Arshad dan abangnya, Allahyarham Abam Bocey.

Berkongsi perkara terbabit di Instagram, kata Ali, 31, sudah lima hari dia tidak bertemu dengan ibunya yang masih dirawat di hospital.

“Rindu saat ni, mak masih di hospital sekarang dan masih belum sedar dari tidur. Doakan semoga mak sembuh. Tak ada apa yang mampu, selain doa untuk mak kembali pulih.

“5 Hari Dah Mak Di Hospital, 11 Bulan Dah Abang Pergi” - Ali Puteh Rindukan Ibu & Arwah Abam

“Lima hari dah mak di hospital dan kami belum dibenarkan melawat mak. Hampir 11 bulan dah abang pergi. Tengok gambar ini, terasa macam baru semalam kami semua bersama,” tulisnya.

Biarpun diuji, Ali tabah dan menganggap ia sebagian daripada tanda sayangnya Allah agar dia sekeluarga terus istiqamah.

“Kuat ujian Allah pada kami. Tapi, saya percaya Allah uji tanda sayang. Semoga ada sinar buat keluarga kecil kami ini. Doakan ye,” katanya.

Pelawak Ali Puteh memaklumkan ibunya, Sabariah Arshad telah dimasukkan ke Hospital Selayang, Selangor pada malam Khamis akibat serangan asma.

Menurut Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, ibunya ditidurkan dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Salam Jumaat penghulu segala hari. Kecemasan ke Hospital Selayang sebab semput.

“Mak di hospital dan keadaan mak masih ditidurkan dan menggunakan alat pernafasan. Semoga mak kuat dan terus kuat,” tulisnya.

Sementara itu, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Ahmad Ridzuan, 32, meninggal dunia pada 10 Februari lalu di kedimannya di Gombak, Selangor.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Ali Puteh Luah Rasa Rindu Kerana Sudah Masuk 5 Hari Tidak Dapat Jumpa Mak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*