“Ganggu em0si pemohon i-Sinar” Identiti Elya KWSP didedahkan. Ini peranan dia sebenar

BAGI korang yang belum mengenali, Elya adalah watak animasi yang dicipta khas oleh KWSP bagi menasihatkan orang ramai mengenai jumlah pengeluaran sebelum membuat permohonan.

Elya akan muncul setelah pemohon mengisi maklumat nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit serta menjawab beberapa soalan.

Lebih menarik, Elya dilihat sebagai penasihat kewangan apabila pemohon memasukkan jumlah permohonan, Elya akan membuat kiraan secara kasar jumlah duit yang bakal dikeluarga ketika umur pemohon 55 tahun.

Ternyata perbuatan Elya memberi sedikit kesan kepada em0si pemohon apabila jika dilihat kembali, jumlah kiraan Elya melebihi sekali ganda dengan jumlah pengeluaran yang bakal dikeluarkan.

Namun, ada juga dalam kalangan orang ramai yang memberi nasihat supaya tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan Elya dan teruskan melakukan permohonan dengan jumlah yang paling maksima iaitu RM10,000.

Apa pun semuanya terserah kepada individu itu sendiri, tiada sebarang paksaan untuk pengeluaran jumlah wang simpanan korang tapi dengan adanya Elya sebagai penasihat online KWSP diharap dapat membantu korang untuk mengeluarkan jumlah tertentu sahaja mengikut keperluan pada masa ini.

Kalau korang nak kenal lebih dekat dengan Elya mungkin boleh cuba buat permohonan! Selamat mencuba!

Elya Penasihat Kewangan

Elya adalah avatar wanita yang merupakan penasihat kewangan dalam talian KWSP.

“Hai, saya Elya, penasihat online KWSP.

“RM10,000 ini dianggarkan akan berganda kepada RM25,6333.04 jika disimpan sehingga umur anda 55 tahun,” katanya.

elya-1
Ini membuatkan warga net menganggap Elya sama seperti penasihat kewangan sebenar yang memberikan pandangan profesionalnya sebelum seseorang pemohon itu membuat permohonan i-Sinar mereka.

Nasihat itu juga membolehkan para pemohon membuat pertimbangan teliti dan memahami risiko sekiranya membuat pengeluaran simpanan hari tua mereka.

“Kuat psycho Elya ini,” kata pengguna Facebook Khairul Azri.

Manakala pengguna Facebook Zulfitri berkata: “Dua kali dia psycho. Mula-mula masa letak jumlah (pengeluaran) dan kedua, semasa hendak membuat pengesahan. Berhantu betul.”

Hari ini rata-rata orang ramai mula berkata berkenaan i-Sinar KWSP yang mana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menetapkan permohonan i-Sinar dalam talian telah pun dibuka bermula hari ini.

Bagi tujuan itu, terdapat dua kategori kriteria kelayakan untuk membuat permohonan melayakkan mereka mengeluarkan sejumlah wang RM10,000 maksima melalui akaun 1.

Bagi kategori 1, semua pemohon layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Bagi kategori ini permohonan tidak memerlukan sebarang dokumen sokongan diperlukan, hanya perlu mengisi butiran yang diminta melalui online sahaja melalui isinar.kwsp.gov.my.

Kelulusan akan dibuat secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP dan pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Maka dengan itu media sosial hari ini dibanjiri dengan status yang dimuat naik oleh orang ramai bercerita mengenai hal i-Sinar KWSP.

Ada yang berkongsi link cara permohonan, ada yang dilihat berjaya membuat permohonan dan hanya menunggu bayaran dibuat malahan ada juga yang berpendapat sebaliknya.

Namun, yang lebih menarik perhatian ramai adalah watak Elya yang lahir hasil daripada kewujudan laman sesawang i-Sinar KWSP hari ini.

Permohonan i-Sinar dalam talian telah dibuka hari ini.

i-Sinar: Sebahagian pencarum diarahkan pulang

ALOR SETAR – Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Alor Setar di sini diserbu orang ramai untuk urusan pendaftaran i-Akaun sehingga menyebabkan sebahagian daripada mereka diminta pulang.

Tinjauan Sinar Harian pada jam 2 petang tadi mendapati hanya mereka yang mendapat nombor giliran sahaja dibenarkan masuk berurusan dalam pejabat.

Seorang pengunjung, Aminah Ismail, 40, berkata, dia hadir ke pejabat KWSP hari ini bagi mengaktifkan i-Akaun sebelum membuat permohonan secara dalam talian.

“Ingatkan datang waktu sekarang orang tak ramai. Rupanya nombor giliran pun dah habis. Pengawal keselamatan suruh datang semula esok pagi,” katanya yang merupakan seorang suri rumah sejak tahun 2006.

Hanya mereka yang mendapat nombor giliran sahaja dibenarkan masuk berurusan di pejabat KWSP Alor Setar manakala selebihnya diarahkan pulang.

Urusan di KWSP bersistematik, orang ramai puas hati

Seorang lagi pengunjung, Nor Azlin Hambali, 34, berkata, dia hadir bersama suaminya untuk mendapatkan penjelasan mengenai statusnya sama ada layak atau sebaliknya bagi memohon i-Sinar untuk kategori satu.

“Saya merupakan seorang suri rumah sejak beberapa tahun lalu, tetapi ada beberapa kemusykilan yang timbul. Jadi saya ambil keputusan untuk datang bertanya sendiri di kaunter.

“Kalau layak, saya boleh terus mohon secara dalam talian. Tapi tengok hari ini ramai sangat orang dan ada yang diarahkan pulang sebab tidak dibenarkan masuk,” katanya yang berasal daripada Simpang 4 Kangkong di sini.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan yang enggan dikenali berkata, mereka yang tidak mendapat nombor giliran diminta hadir semula pada jam 8.30 esok.

Pencarum yang hadir juga diberikan kertas panduan mengenai cara memohon i-Sinar secara dalam talian untuk memudahkan mereka.

i-Sinar Kategori 1 sudah boleh mula mohon, hanya guna MyKad

Namun, bagi yang masih tidak tahu cara untuk memohon, ini langkah-langkah untuk membuat permohonan;

Layari laman web rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/

Isikan Nombor MyKad.

Isikan Nombor Telefon Bimbit, Alamat Email, Alamat Rumah, Poskod, Bandar, Negeri

Pilih Amaun Pendahaluan ( Berdasarkan syarat layak),amaun bulanan pula ditentukan oleh KWSP dalam tempoh 6 bulan.

Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank

Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-SINAR online Masukkan Akaun Bank (Simpanan/Semasa) yang aktif untuk buat pengeluaran i-SINAR

Pastikan nombor akaun bank aktif & betul bagi memastikan bayaran i-SINAR masuk tanpa sebarang masalah.

Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.

Klik Hantar

Permohonan anda akan diproses dan semakan boleh dibuat mulai 4 Januari 2021.

Jumlah kelayakan pengeluaran Akaun 1 (i-Sinar)

Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

a. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

b. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Be the first to comment on "“Ganggu em0si pemohon i-Sinar” Identiti Elya KWSP didedahkan. Ini peranan dia sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*