Semenjak Cik B Semakin Dikenali, Anak Lelaki DS Vida Kacak Rasakan Dirinya Tidak Dihargai

Sejak kebelakangan ini nama anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B semakin melonjak naik. Selepas muncul dalam satu drama dan keluar dengan lagu single, gadis itu kini bergelar pelawak pula.

Melihatkan kejayaan dan populariti dikecapi oleh Cik B, anak lelaki usahawan tersebut merasakan dirinya tidak dihargai. Bagaimanapun, DSV berkata kasih sayang terhadap anak-anaknya tidak berubah.

Memuat naik mesej perbualan dengan Kacak, dimana anaknya berkata dia hanya tahu menghabiskan duit ibunya sahaja. Kacak seolah mengatakan dirinya kesunyian selepas ibunya dan Cik B sibuk menghadiri program televisyen.

Namun, DSV berkata Kacak tetap disayangi walaupun tumpuan ramai ramai kini lebih kepada Cik B.

“Kasihan Kacak. Dia rasa tidak dihargai dan rasa hanya tahu habiskan duit mama saja. Mama selalu cakap Cik B anak mama yang hebat. Kacak? Cik B boleh cari duit sendiri. Tetapi mama sayang semua anak mama,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, diruangan komen rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada Kacak mengatakan suatu hari nanti dia juga akan turut menempa nama seperti mana ibu dan kakaknya.

Sumber: CariForum

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Semenjak Cik B Semakin Dikenali, Anak Lelaki DS Vida Kacak Rasakan Dirinya Tidak Dihargai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*