Lelaki Ini Tampil Beri Penjelasan Selepas DiselarTeruk Sebab MerakamVideo UrusJenazahSahabat Dan Dikatakan Buat Semua Itu Untuk Marketing

Khbar duka buatInstafamous, Hafiz Mahamad apabila sahabat baiknya yang menghidapstrok dijemput Ilahi pada Selasa.

Usahawan itu sebelum ini mendapat perhatian antaranya kerana sanggup membatalkan mesyuarat dan menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kelantan untuk mengangkat sahabatnya yang tidak dapat berjalan dan seterusnya dibawa ke hospital bagi menerima rawatan.

Malah, beliau juga pernah menghadiahkan arwah sebuah kerusi roda elektrik bagi memudahkan pergerakan sahabat baiknya itu.

Susulan pemergian sahabatnya itu, Hafiz sekali lagi menaiki penerbangan ke Kelantan untuk menguruskan jenazahsehingga selamatdikebumikan.

Antara luahan Hafiz terhadaparwah yang dipanggilnya sebagai Loh: “Loh, aku dah laksanakan janji aku dekat mu sebagai sahabat. Dari mu sakit sampai ke penamat, aku ada dengan mu. Sebab apa?

“Sebab aku tahu mu nampak aku dan aku nak mu tahu aku betul-betul nakjadi sahabat mu dunia akhirat. Tiba waktu aku nanti Loh. Selepasmu tarik keluargake syurga, tariklah aku ke syurga wahai sahabat. Tenanglah mu kat sana,” tambah Hafiz.

Menerui video yang dikongsikan Hafiz di laman Instagramnya, menunjukkan beliau menguruskan dan mengimamkan solatjenazah, memandu van jenazah dan menguruskanpengebumian sehingga memasukkan jenazah ke liang lahad.

Rata-rata netizen memuji Hafiz sebagai seorang yang setia dalam persahabatan, namun tidak terkecuali segelintirnya kurang senang dengan video yang dilihat mereka sepertisebuah ‘dokumentari’ itu seperti tidaksensitif terhadap jenazah dan keluargaarwah.

“Demi sebuah content,” komen salah seorang netizen yang mendakwa video yang dimuatkan Hafiz sebagai satu kandungan di media sosial.

Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamal tampil menjelaskan dakwaannetizen dan kecaman lain yang hangat diperkatakan di mediasosial.

“Saya menjaga dia sejak awal dia sakit, saya call dia dan keluarga setiap hari ketika dia tak sedarkan diri. Sekarang bila dah tak ada (meninggaldunia), saya cuba jagakeluarga dia pula.

“Alhamdulilah keluarga dia minta saya gantikan tempat ‘sahabat’ untuk masuk menjadi keluarga mereka. Di mana demi sebuah content atau marketing (pemasaran)?

“Saya tak pandai nak bentang hadis, saya kurangilmu agama. Sayang, saya ada sahabat ramai dalam media sosial dan selama ni tak mampu nak kongsi benda yang baik sebab kurang ilmu agama.

“Tapi, saya tak boleh nak tunggu untuk jadi perfect(sempurna). Walaupun kurang ilmu agama, saya usaha untuk kongsi benda baik yang boleh diikuti. Sebabdulunya saya berubah kerana ada posting yang baik,” ujar usahawan berusia 27 tahun itu di ruangan komen.

Bagaimanapun, Hafiz yang berasal dari Kelantan itu tidakmenyalahkan netizen tersebut atau mana-mana pihak lain berhubung isu yang dibangkitkan.

“Bukan salah kamu dan orang lain. Itu cara kamumelihat saya dan saya terima. Ada yang melihat dan dapat manfaat. Ada yang melihat dan nampak saya yang bukan-bukan.

“Apapun, saya minta maaf dan saya tahu niat hatisebenar saya. Saya minta maaf dan terima kasih,” katanya.

Kredit:MSTAROnline

Be the first to comment on "Lelaki Ini Tampil Beri Penjelasan Selepas DiselarTeruk Sebab MerakamVideo UrusJenazahSahabat Dan Dikatakan Buat Semua Itu Untuk Marketing"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*