Seorang Rakyat Malaysia Digelar Lelaki Paling Sunyi Dalam Hospital. Ini Sebab Kenapa

Seorang bekas jurutera pembinaan dari Malaysia terlantar kesunyian tanpa sebarang pelawat di Hospital St Vincent’s, Sydney di Australia akibat penya,kit dermato,miositis sejak enam bulan lalu.

Menurut portal The Sydney Morning Herald, Khaidir Abu Jalil, 34, disahkan menghidap pen,yakit auto,imun yang jarang berlaku itu dengan kadar 50 peratus peluang untuk hidup.

Ketua Bahagian Rheu,matologi Hospital St Vincent, Dr Laila Girgis berkata, lelaki tersebut dilaporkan mula sa,kit pada Februari lepas namun hanya mendapatkan rawatan di hospital terbabit lima bulan kemudian tanpa sebarang diagnosis.

Semenjak Februari, berat badan Khaidir menyusut separuh daripada berat asal sehingga 42 kilogram dengan suhu badan mencecah mencecah 40 darjah celcius setiap hari.

“Tangan dan sikunya diselaputi dengan lu,ka kulit tidak berna,nah yang disebut Got,tron pap,ules, menyebabkan lu,ka hitam menjadi ulser dengan keadaan paru-paru cepat merosot.

“Ketika dihantar ke sini, dia dalam keadaan parah dan ‘kelihatan mengerikan’ menanggung kesa,kitan dengan kadar oksigen yang rendah, tidak dapat bernafas dan perlu diintubasi di unit rawatan rapi (ICU).

“Dia juga dikenali sebagai ‘lelaki paling sunyi’ tanpa seorang pun pelawat di hospital ini, di mana tempat ramai orang merasai pengalaman paling teruk dalam hidup mereka,” katanya.

Ketika dunia dilanda pandemik Cov,id-19, ahli keluarga dan rakan Khaidir tidak dapat melawatnya di hospital selain lelaki tersebut kehilangan pekerjaan sebagai jurutera di Melbourne serta berkemungkinan menjadi gelandangan kerana masalah visa.

Khaidir difahamkan merantau ke Australia sejak tahun lalu untuk bekerja bagi menyara keluarganya di Malaysia.

Menurut Dr Laila lagi, ketika Khaidir dalam keadaan kritikal di hospital, beliau pernah berhubung dengan ibu lelaki berkenaan yang menggunakan telefon bimbit jiran di Malaysia.

“Kami mengatakan dia kriti,kal, ibunya menangis ketika saya bercakap dengannya menggunakan telefon jiran,” ujarnya.

Selepas hampir enam bulan menerima rawatan, Khaidir kini semakin pulih, bagaimana pun masa depan lelaki itu tidak menentu.

Khaidir dijangka akan dibenarkan keluar hospital pada hari Krismas ini dan hanya mempunyai tempoh dua minggu untuk tinggal di rumah perlindungan gelandangan yang dikendalikan St Vincents di Darlinghurst.

Sumber : Sinar Harian

Be the first to comment on "Seorang Rakyat Malaysia Digelar Lelaki Paling Sunyi Dalam Hospital. Ini Sebab Kenapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*