Semalam Najib Razak Sudah Berjumpa Dengan Kerajaan Tentang Mansuhkan Kriteria i-Sinar. Najib Dedahkan Sesuatu Yang Mengejutkan

Kenapa tidak semua tidak boleh keluar duit caruman KWSP untuk i-Sinar? Perkara ini telah berlanjutan lamanya dan masih tiada jalan penyelesaian.

Untuk kategori 1 sememangnya tiada masalah kerana rata rata pencarum dalam kategori 1 tidak mempunyai pendapatan dan mereka sememangnya harus dibantu.

Untuk kategori 2 menjadi isu apabila kerajaan menetapkan kriteria yang agak ketat. Disebabkan itu tidak semua dapat keluarkan duit caruman sendiri di kala waktu sekarang.

Bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak adalah yang mencadangkan agar i-Sinar dan moratarium dari bank diberikan kepada rakyat tetapi sayangnya tidak semua yang Najib Razak minta dapat ditunaikan oleh pihak kerajaan.

Najib Razak memuat naik satu status di laman Facebook rasmi beliau mengenai apa terjadi ketika beliau berjumpa kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan memansuhkan kriteria i-SInar dan lanjutkan moratarium.

Now I have chance to clear my name, says Malaysia's ex-premier Najib Razak, SE Asia News & Top Stories - The Straits Times

“Tengah hari semalam, saya telah bertemu dengan kerajaan PN untuk membincang isu lanjutan automatik moratorium pinjaman dan pengeluaran akaun 1 KWSP RM10k tanpa syarat.

Saya beritahu mereka bahawa ramai rakyat yang tercicir dan terbeban dengan syarat-syarat KWSP dan kita tidak mahu lihat berjuta-juta Rakyat beratur di pejabat KWSP untuk serahkan pelbagai dokumen sebagai bukti mereka layak untuk pengeluaran i-Sinar.

Saya juga ceritakan bahawa ramai yang mengadu bahawa mereka tidak diluluskan lanjutan moratorium dan ada bank yang mengambil kesempatan untuk menambah tempoh pinjaman bagi mengaut lebih keuntungan bagi mereka yang minta lanjutan moratorium.

Saya kata kita harap kerajaan PN boleh buat serupa dengan moratorium pertama awal tahun ini.
Namun, Kerajaan PN jawab saya bahawa apa yang sudah diumumkan sudah elok dan mereka anggap mereka sudah buat segala yang diperlukan untuk memenuhi tuntutan saya dan BN bagi dua isu ini.

Mereka kata pada saya bahawa mereka telah serahkan kepada Menteri Kewangan, CEO KWSP dan bank-bank untuk laksana apa yang diperlukan atau menambah baik jika ada keperluan”

Di dalam posting Najib Razak, beliau telah meletakkan satu kenyataan dari seorang individu yang mengatakan bahawa ada pihak bank mengambil kesempatan dengan menambah tahun dalam pinjaman sekiranya ingin mengambil moratarium

“Paling mengecewakan saya ialah ada bank yang seolah-olah mengambil kesempatan dalam kesempitan dengan janji kerajaan PN. Harap kerajaan sedar perkara begini sedang berlaku” – Najib Razak

Artikel By: AwattSyeikhhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

SALIN SEMULA TANPA KEBENARAN TIDAK DIBENARKAN

Be the first to comment on "Semalam Najib Razak Sudah Berjumpa Dengan Kerajaan Tentang Mansuhkan Kriteria i-Sinar. Najib Dedahkan Sesuatu Yang Mengejutkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*