Kecoh Video Hospital Sg Buloh Penuh Hingga Terpaksa Guna Stadium Shah Alam. Polis Tampil Beritahu Apa Sebenar Yang Berlaku

KUALA LUMPUR – Polis menafikan sekumpulan individu ditempatkan di sebuah stadium tertutup di Shah Alam ekoran berlaku kesesakan di Hospital Sungai Buloh yang tidak dapat menampung jumlah pesakit Covid-19 seperti tular di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed mengesahkan berita yang disebarkan melalui video klip itu adalah berita palsu.

“Masyarakat diminta bertenang dan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang bentuk berita palsu yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam Jumaat.

Arjunaidi juga menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang perkongsian atau menyebarkan sebarang berita yang diperoleh daripada sumber yang tidak sahih.

Tegasnya perbuatan tersebut boleh mencetuskan suasana panik, tidak harmoni dan menggugat ketenteraman awam sambil meminta orang ramai mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu tentang kesahihan sesuatu isu atau berita.

Menurut netizen, rakaman video tersebut adalah berada di Kuantan dan bukan di Stadium Shah Alam.

Video yang jadi tular:

Komen Netizen:

“Ini dekat stadium sukpa kuantan haritu..yg pekerja asing genting Highland..apooo lah nk share benda xbetul..”

“Rajin2 la scroll komen yer kawan2.. jangan komen pakai kepala lutut je.. kejadian di Sukpa Kuantan .. kes genting”

Sumber: BERNAMA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Kecoh Video Hospital Sg Buloh Penuh Hingga Terpaksa Guna Stadium Shah Alam. Polis Tampil Beritahu Apa Sebenar Yang Berlaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*