Adik Neelofa, Ameera Khan Pula Memuat Naik Sesuatu Yang Buat Orang Ramai Jadi Gelisah Tentang Hubungan Neelofa Dan PU Riz

Hubungan Neelofa dan PU Riz menjadi persoalan orang ramai apabila ramai warga maya yang membuat andaian hubungan pasangan tersebut kini berantakan.

Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa memuat naik beberapa foto yang tertulis kata-kata seperti menyindir seseorang.

“Warna sebenar seseoramg akan terbongkar secara perlahan-lahan. Anda mungkin akan diperbodohkan buat sementara tetapi perlu bersabar untuk melihat apa yang akan terjadi nanti,” ujar bekas isteri Sharnaaz Ahmad itu.

Lebih mencetuskan spekulasi apabila adik Neelofa iaitu Ameera Khan turut memuat naik status yang agak sama seperti seseorang yang rapat dengan keluarga mereka mula menampakkan diri yang sebenar. Ini antara status yang di muat naik dalam akaun IG miliknya.

Pengguna media sosial tersebut mula memuat naik beberapa foto tangkap layar InstaStory beberapa orang adik-beradik Neelofa dalam ciapan mereka.

Kata-kata yang sama turut dimuat naik oleh dua orang lagi adik Neelofa iaitu Atisha Khan dan Ameera Khan dalam Instagram mereka.

Lebih menguatkan spekulasi tersebut, kesemua mereka juga tidak lagi mengikuti bekas peserta Pencetus Ummah itu dan turut memadam foto majlis merisik Neelofa yang diadakan pada 1 November lalu.

Rata-rata netizen membuat andaian bahawea hubungan pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, 31, dan Haris akan berakhir tidak lama lagi dan majlis perkahwinan yang dijangka berlaku sekitar bulan Mac tahun depan seperti tidak kesampaian.

“Risau pula dengan khabar angin Neelofa dan Haris. Kalau benar putus, mesti ramai kecewa,” ujar seorang netizen.

“Dengarnya keluarga Neelofa tak suka dengan Haris, betul ke?,” soal seorang lagi pengguna Twitter.

Terdahulu, pada 1 November lalu, bekas pengacara MeleTOP itu dilaporkan sudah dirisik oleh keluarga Haris dalam sebuah majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga Neelofa.

Bahkan, pasangan tersebut juga dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan.Sehingga hari ini, masih tiada sebarang pengesahan daripada kedua-dua pihak mengenai majlis perkahwinan yang bakal diadakan itu.

Apa-apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini, bersangka baik dan berdoa agar semuanya dipermudahkan, itu lebih naik.

Artikel By ASN Crew

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Adik Neelofa, Ameera Khan Pula Memuat Naik Sesuatu Yang Buat Orang Ramai Jadi Gelisah Tentang Hubungan Neelofa Dan PU Riz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*