Syed Saddiq Botakkan Kepala Dan Mak Dia Sendiri Yang Gunting. Rupanya Ada Sebab Kenapa Syed Sanggup Botak Kepala Dalam LIVE (Video)

UMUM mengetahui Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjanji akan membotakkan kepalanya seandainya sasaran kempen mengutip sumbangan membeli 100 buah komputer riba berjumlah RM200,000 tercapai.

Tindakan ‘berani’ dan kreatif Pengasas Parti MUDA ini adalah sebahagian daripada kempen untuk mengutip dana bagi membeli sebuah komputer riba untuk 100 orang pelajar dalam kawasan Parlimen beliau.

Sekiranya sasaran beliau tercapai, bekas Menteri Belia dan Sukan itu akan membotakkan kepalanya secara langsung di Saluran 501 Astro AWANI dan Live TV Digital pada jam 8.30 malam ini

Misi #botakchallenge oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam usaha mengumpul RM200,000 untuk membeli komputer riba bagi keluarga susah di kawasan Parlimennya mencapai sasaran.

Menariknya beliau berkata, jumlah kutipan sumbangan untuk ‘Kempen 1 Rumah 1 Komputer’ itu melebihi daripada jumlah sasaran tersebut.

Memandangkan jumlah terkumpul sudah berjaya dicapai, jadi bekas Menteri Belia dan Sukan ini dengan senang hati telah bersedia untuk membotakkan rambutnya.

Menerusi muat naik beliau di media sosial sejak siang tadi, Syed Saddiq nampaknya menghitung detik-detik akhir sebelum dibotakkan.

Tepat jam 8.30 malam, beliau telah mulai membotakkan rambutnya secara langsung di Astro Awani dan mendapat perhatian warganet.

Lebih istimewa ibunya sendiri, Puan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz diberikan ‘mandat’ untuk menggunting dan membotakkan rambut anak bongsunya itu.

Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz 'membotakkan' kepala anaknya secara langsung di saluran 501 Awani.

Dalam perkembangan sama, bekas Menteri Belia dan Sukan itu memberitahu, perkara unik disedarinya adalah kebanyakan yang menyalurkan sumbangan bukan terdiri daripada penderma besar.

“Purata sumbangan dalam lingkungan RM34 hingga RM37 bermakna mereka penyumbang kecil.
“(Bagaimanapun) Jumlahnya sangat besar… refurbished laptop jumlahnya RM120,000 dan yang lain sumbangan kecil melalui tunai,” katanya.

Secara langsung di Astro Awani

Syed Saddiq puts on a game face as his head is shaved. — Screencap via AstroAwani/Twitter

Sebelum mula membotakkan rambut, Syed Saddiq mengakui sedikit menyesal dengan kata-katanya, namun beliau tetap meneruskan nazarnya demi rakyat Muar.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kesanggupan atau keberaniannya untuk membotakkan kepala sehingga licin, Syed Saddiq berkata: “Bukan berani atau tidak, tapi apabila janji telah dibuat, janji perlu ditunaikan walaupun ibu tengok dalam studio macam tak nak sahaja… tapi ini tanggungjawab.

“Tak apa, rambut boleh tumbuh tapi (hasil) sumbangan ini akan kekal lama,” katanya.

Video Penuh:

Be the first to comment on "Syed Saddiq Botakkan Kepala Dan Mak Dia Sendiri Yang Gunting. Rupanya Ada Sebab Kenapa Syed Sanggup Botak Kepala Dalam LIVE (Video)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*