(Video) Ibu Tunggal Ini Hadapi Detik Cemas Bila Gangguan Ketuk Pintu Semakin Teruk. Ustaz Ini Ceritakan Apa Yang Berlaku Dalam Rumah Itu Sebenarnya

Temerloh: “Saya nampak kelibat tiga lembaga berbulu hitam berdiri di atas beranda di tingkat atas rumah, sungguh menyeramkan dan menakutkan.

“Anak saya Haikal nampak kelibat tiga lembaga hitam di dalam rumah, tetapi tidak berani tengok lama kerana takut,” kata wanita dikenali Sharifah Mazian Syed Mohd selepas rumah teres dua tingkat didiaminya di Taman Temerloh Jaya, di sini, menjadi mangsa ketukan misteri selama tiga hari berturut-turut sejak 27 Disember lalu.

Video Berada Di Bawah Artikel

Berikutan trauma dan takut, dia enggan ditemu bual lanjut, sebaliknya mahu jirannya yang juga Ahli Jawatankuasa Masjid Temerloh Jaya, Syaiful Afenddi Ismail, 44, menceritakan mengenai kejadian itu.

Syaiful Afenddi berkata, pada malam pertama, mangsa mendengar beberapa kali ketukan kuat pada pintu rumah, tetapi tidak membuka pintu kerana pernah mendengar cerita ketukan pintu misteri itu.

Menurutnya, keluarga itu ada memanggil seorang pengamal perubatan Islam dikenali Ustaz Azmi untuk memulihkan kawasan rumah dan pada malam itu, mereka mendengar lebih banyak ketukan misteri.

“Cabaran dihadapi ibu tunggal bersama dua anak lelaki berusia tiga dan 12 tahun serta seorang anak perempuan berusia 18 tahun adalah pada malam ketiga kerana gangguan semakin hebat dan menyeramkan.

“Pada 9 malam, saya menerima panggilan telefon daripada mangsa dan dalam keadaan terketar-ketar dia memberitahu ketukan pintu berlaku lagi dengan lebih kuat.

“Malah saya dapat mendengar bunyi ketukan itu menerusi telefon bimbit dan saya bergegas ke rumah itu sekali lagi bersama Ustaz Azmi bagi membantu keluarga itu,” katanya.

Menurutnya, ketika dia dan beberapa jiran berada di dalam rumah itu sambil membaca ayat suci al-Quran, tiba-tiba botol mineral dibaling ke arahnya dan dia sempat mengelak, seolah-olah makhluk itu mengamuk.

Botol yang dibaling

Katanya, mereka turut terdengar bunyi kaki menaiki tangga dengan hentakan kuat ke tingkat atas.

“Pada 10 malam, kami meninggalkan keluarga itu empat beranak dengan memberi alasan ingin pulang ke rumah dan menyuruh tuan rumah mengunci pintu rumah dan pintu pagar, walaupun sebenarnya kami masih menunggu di luar tidak jauh dari rumah itu.

“Pada 12.30 tengah malam, kami mendengar jeritan dan tangisan dari dalam rumah itu dan sebaik kami sampai, bekalan elektrik terputus dan tangisan keluarga itu kedengaran.

“Ketika masuk ke rumah itu, seorang anak mangsa memberitahu mereka mendengar bunyi hentakan kaki dan bekalan elektrik terpadam sebelum kemudian mendapati barangan di tengah rumah diselerakkan,” katanya.

Menurutnya, seorang anak tuan rumah memberitahu nampak tiga kelibat lembaga hitam di dalam rumah tetapi tidak berani tengok lama kerana takut sebelum api elektrik terpadam sendiri.

Katanya, walaupun selepas itu mereka tidak lagi mendengar ketukan misteri itu sehingga Subuh, keluarga berkenaan jelas trauma dengan kejadian itu.

“Walaupun keluarga terbabit tidak membuat laporan polis, beberapa orang anggota polis menemui mangsa semalam kerana kejadian itu tular di Temerloh.

“Sebelum ini, kejadian misteri ketukan pintu berlaku di beberapa rumah di daerah Jerantut dan terus menimbulkan tanda tanya,” katanya.

Video Penuh:

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "(Video) Ibu Tunggal Ini Hadapi Detik Cemas Bila Gangguan Ketuk Pintu Semakin Teruk. Ustaz Ini Ceritakan Apa Yang Berlaku Dalam Rumah Itu Sebenarnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*