Youtuber, Princemeed Ini ‘Diganggu’ Makhluk Halus Sehingga Jadi Takut Tidur Rumah Sendiri. Ustaz Ini Datang Dan Makhluk Itu ‘Muncul’

Sebelum kita mulakan apa yang terjadi, hendaklah kita tahu bahawa memang wujud makhluk lain selain dari manusia yang diciptakan oleh Allah SWT. Jin dan syaitan memang wujud.

Artikel ini adalah daripada seorang pengguna Facebook bernama Suffiyah Ramadhani. Dia menceritakan bagaimana seorang Youtuber bernama Prince Meed diganggu oleh entiti selepas dia membeli sebuah kotak misteri yang dipanggil Dybuk Box dari ‘Dark Web’.

Mesti ramai tertanya2 sebab mende ni lalu lalang kat wall. Actually aku pun baru tahu pasal dia ni. Since dia seorang youtuber, so aku search terus channel dia. Wow popular rupanya.

So kisahnya bermula dgn content dia paling misteri setahun yang lalu. Walau dia terkenal dgn content yang pelik2, tapi content yg satu ni mmg ekstrem. Berdiri terus bulu roma aku.

Aku pendekkan cerita la eh (vid dia berjam2 nak khatam). Dia dah beli satu kotak sihir dari laman Ebay utk content dia.

Kotak sihir ni katanya ada benda2 sihir pemujaan kaum Yahudi. Kau takkan tahu apa dalam kotak tu sampai kau buka ia. Ada macam2 jenis, bentuk dan rupa. Dan kotak tu dijual dgn harga serendah Rm60 – Rm600.

Katanya lagi mahal lagi kuat sihirnya (dark magic). Dia berharap tk berlaku apa2 walhal dia dah tonton kesemua vid YouTuber lain tentang Dybbuk Box ni. Semua yang pernah bukak kotak tu kena rasuk gais dan hidup tak pernah tenteram sejak itu.

Mungkinlah waktu tu dia rasa, dengan keyakinan dia yang tinggi dan dgn berbekalkan rasa berani, dia akan berjaya menakutkan balik apa pun mende dalam box tu (content dia mmg best2). So, finally, dia bukak

Bila kotak tu sampai, dia pun bukak. Korang kalau tak berani tgk, aku sarankan tak payah teruslah. Takde la hantu nak keluar kat skrin, tapi ada mende pelik terus jadi masa dia belek barang2 kotak sihir tu,sampai dia sendiri pun takut.

Sejak kejadian tu, hidupnya diselubungi kemurungan dan misteri yang tak berkesudahan. ‘Mende’ dalam kotak tu datang bertamu dan berteman dgn dia. Vid terakhir dia yg paling seram gais.

Mesti korang pelik kenapa takut2 tapi banyak lak vid. Aku rasa sebab dia ni super loner. Dia suka sorang2. Dan life dia adalah content youtube menghiburkan korang. Camtu la kot.

Jin ni hari2 kacau dia. Ala2 filem Conjuring camtu. Macam ada exorcism la kat rumah dia. Tapak kaki berlari2 kat rumah, suara garau, buat bising, alih2 barang semualah. Vid seekers hantu lain pun tk seseram ni. Kan kita selalu tgk youtube org cari hantu kan? Takde mende semua tu gais. Yg ni mmg real content, real event.

Video Meed Buka Kotak…

Tak percaya tu ikut korang la. Tapi bagi aku, aku beriman pd Allah dan perkara2 ghaib yg Allah jadikan. Jadi malam ni, Ustaz Pusat Rawatan Al-Idrus dah cuba rawat dia. Ahamdulillah terima kasih Ustaz dan team perawat, berkat doa dan ilmu yg Ustaz ada. Kesian sgt tgk keadaan dia sekarang.

Macam semangat dia disedut oleh Jin tu. (Seriously gais, dia jadi kurus kering sangat2). Link youtube Princemeed aku sediakan. Kena tgk semua baru boleh faham ya. Spend time tgk baru korang blh hadam kenapa dia dirawat. Kira dia ni berani jugak lah setahun duduk dengan Jin ni (hati kering) sebelum dia mendapatkan rawatan.

Dan aku sertakan link rawatan yg dia jalani malam semalam. Ada org siap kecam2 dia kenapa tiba2 dia jadi kaku. Korang kalau kena terkencing terus agaknya, tentulah dia tergamam, baru dia tahu dia ada mewarisi saka dan dengar sendiri Jin tu berinteraksi dgn perawat Islam tu. Kalau korang berani, korang cakaplah. Jangan cakap besar sangat.

Jadikan ini satu pengajaran. Makhluk alam ghaib jangan diundang. Sebab bila dia nak berdamping, dia akan makan tuannya nanti. Kesian Meed, semoga dia akan sembuh sepenuhnya lepas ni. Kita ni beruntung sebab beriman kepada Allah, Tuhan yg Maha Berkuasa. Allah jaga kita.
Selamat menonton gais.

Rawatan Islam Al-Idrus tu jangan tonton kalau lemah semangat. Better pakai earphone sebab banyak ayat penghalau Jin yg dibaca.

Menurut perkongsian dari Pusat Rawatan Al Idrus, mereka memuat naik satu tangkap layar dari Prince Meed sendiri.

Menurut Prince Meed, dia bersyukur kerana selepas kejadian malam tadi dia mampu tidur nyenyak dan lama.. Alhamdullilah..

Disclaimer : If you dont believe, dont click the link. Nobody force you to do so. If you accused me of being paid, you are so wrong.

Takde siapa paksa naikkan view dia. Nak tgk blh tgk, tak suka tgk tak perlulah klik. Mudah sahaja kan, mende boleh avoid kenapa nak kena tgk pula. Takde siapa kata tak tengok akan kena rasuk ke apa. Jaga bahasa anda di laman saya.

Sumber: Suffiyah Ramadhani (Facebook)

Olahan: AwattSyeikhhh Network

Be the first to comment on "Youtuber, Princemeed Ini ‘Diganggu’ Makhluk Halus Sehingga Jadi Takut Tidur Rumah Sendiri. Ustaz Ini Datang Dan Makhluk Itu ‘Muncul’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*