Ibu Kepada Kanak Kanak Yang Merayau Jam 3 Pagi Tampil Beritahu Apa Sebenar Yang Terjadi

Sekumpulan tiga pemuda berdepan detik cemas apabila terjumpa seorang kanak-kanak berumur 5 tahun bermain basikal di atas jalan raya seorang diri pada pukul 3 pagi.

Mereka pada mulanya takut untuk menegur kanak-kanak itu kerana beranggapan mustahil untuk seorang kanak-kanak bermain seorang diri pada waktu sedemikian.

Mereka kemudian mengikut kanak-kanak itu sebelum mengambil keputusan memberhentikan kereta sebelum memanggil kanak-kanak itu. Namun panggilan mereka tidak dijawab!

Rupanya-rupanya kanak-kanak tersebut keluar dari rumah selepas melihat pintu rumahnya yang terbuka. Ibu kepada kanak-kanak autisme itu menceritakan detik cemas semasa kejadian berlaku di group Facebook Aut1sme Malaysia.

Dakwa wanita itu, dia mencari anaknya di sekeliling kampung hingga ke pekan namun tidak menjumpai sebelum bertindak ke balai polis berhampiran. Mujur ada tiga pemuda yang menjumpai anak wanita ini.

Perasaan sy kuat ke balai polis. Semasa saya di balai polis kebetulan anak saya otw dengan kereta peronda and ada 3 orang pemuda bawa basikal anak saya.

.

Saya bersyukur sangat kepada adik2 ni yang jumpa anak saya pada mulanya saya memang panic nampak lagi mereka ketawa2. Tapi saya explain dengan pihak polis and adik2 tu yang anak saya autism hyper.

Keluarga yang ada anak aut1sm saja yg tau macam mana situasi membesarkan anak syurga ini.

Di ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut agar terus tabah membesarkan anak syurga ini.

Sumber : OH BULAN

Be the first to comment on "Ibu Kepada Kanak Kanak Yang Merayau Jam 3 Pagi Tampil Beritahu Apa Sebenar Yang Terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*