Pelawak Otai Hamid Ghurka Tampil ‘Sound’ Bagi Kata-kata Padu Apabila Pelawak Generasi Baru Suka Mengguna Jenaka Berunsur Tidak Senonoh

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila ada pelawak mengguna jenaka berunsur luc4hh sehingga mengundang k3caman. Sudah lama berada dalam industri hiburan tanah air, pelawak veteran Hamid Ghurka menyifatkan pelawak masa kini hanya syok sendiri dan tiada mesej dalam berjenaka.

Menurut Hamid lagi, rata-rata pelawak zaman sekarang disifatkan ‘kosong’ dan tidak sensitif dalam berjenaka sekaligus memberi pandangan buruk terhadap dunia komedi tempatan.

“Pelawak sekarang banyak buat komedi syok sendiri. Tidak fikir sensitiviti orang. Kami buat lawak dulu ada mesej, bukan komedi kosong sekadar nak buat orang ketawa semata-mata.

“Kadang-kadang ada segelintir pelawak yang buat jenaka syok sendiri. Tak ada mesej. Kelakar kosong sahaja. Kita buat lawak kena ada mesej dan jangan membuat penonton berkecil hati,” katanya.

Pelawak berusia 88 tahun itu berkata, ketika zaman kegemilangannya mereka digelar ‘pelawak kerajaan’ kerana dalma berjenaka tetap menyampaikan mesej yang baik.

“Sebab itu orang dahulu gelar kami ‘pelawak kerajaan’. Kita bantu menyalur mesej baik walaupun dalam berjenaka. Tapi itulah, kita ini hanya mampu beri pandangan. Siapa nak dengar kan,” katanya

Terdahulu, tular di media sosial apabila sebuah kumpulan lawak mengguna jenaka berunsur luuc4hh sehingga mengundang kecaman netizen serta meminta ahli kumpulan tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sumber:UtusanOnline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Pelawak Otai Hamid Ghurka Tampil ‘Sound’ Bagi Kata-kata Padu Apabila Pelawak Generasi Baru Suka Mengguna Jenaka Berunsur Tidak Senonoh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*