Dia Sedang Rakam Orang Redah Banjir Tiba Tiba Penunggang Motor Ini Terjatuh. Tindakan Perakam Video Selepas Itu Dapat Pujian Netizen

Banjir di Johor semakin memburuk dengan lebih 5,818 mangsa telah dipindahkan di beberapa daerah termasuk Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Batu Pahat.

Terbaru, dalam video dikongsikan Info Roadblock JPJ/Polis, seorang penunggang motosikal dipercayai di Kota Tinggi, Johor telah tergelincir dalam arus banjir apabila motosikal ditunggangnya terbalik ke bahu jalan.

Keadaan itu dikatakan berpunca daripada arus deras yang memenuhi sebatang jalan dari Mawai menghala ke Tugu Udang.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan selamat.

Rakaman pada saat ke 26 menjadi gelap dan kelam kabut dipercayai kerana perakam sedang membantu menyelamatkan mangsa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan perakam yang dipercayai bertindak terus membantu mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Tonton video di bawah:

Arus laju kenderaan ringan seperti motosikal jangan buat hal dah ada yang tergelincir dah ni. Mangsa selamat. Signboard pun hanyut.

*Video hanya setakat saat ke-25 sahaja.*Selebihnya operasi menyelamat mangsa bermotosikal.

Lokasi : Mawai ke Tugu udang, Kota Tinggi,Johor

Sumber : Siakap Keli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Dia Sedang Rakam Orang Redah Banjir Tiba Tiba Penunggang Motor Ini Terjatuh. Tindakan Perakam Video Selepas Itu Dapat Pujian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*