Reaksi PU Riz Terhadap Wanita Yang Sebar Fitnah Tentang Dirinya, Ramai Yang Baru Nampak Perangai Sebenarnya

Kuala Lumpur: Pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz mengambil pendekatan memaafkan individu yang sudah memfitnah diri dan keluarganya di media sosial minggu lalu.

Ia susulan tindakan wanita yang dikenali sebagai Syamira Safiya itu memohon maaf secara terbuka kepada Riz dan keluarganya berdasarkan rakaman video yang diterima Harian Metro.

Riz, 26, atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail ketika dihubungi berkata, dia bersama keluarga sudah berbincang dan memutuskan perkara itu.

“Apabila dia tampil meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perkara sama, saya dan keluarga beranggapan dia sudah sedar dengan kesilapan dan tindakan itu. Jadi, kami maafkan apa yang sudah dibuat.

“Saya memaafkan dia kerana saya tahu beratnya dosa memfitnah. Saya tidak mahu susah di akhirat, dan saya nak masuk syurga tanpa hisab.

“Saya juga memohon supaya tidak ada lagi perkara berbangkit selepas ini. Dia sudah minta maaf dan saya sekeluarga sudah maafkan. Insya Allah, kehidupan kita akan dipermudahkan Allah SWT,” katanya kepada Harian Metro.

Wanita yang dikenali sebagai, Syamira Safiya menerusi rakaman video yang diterima Harian Metro berkata, segala yang disebarkan di laman Twitter adalah fitnah.

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Encik Haris atau PU Riz dan keluarga di atas segala tuduhan yang dilakukan. Saya sedar bahawa segala tuduhan ini banyak bertentangan dengan apa yang Islam ajarkan.

“Saya sangat menyesal dengan fitnah yang saya mulakan di media sosial. Saya sangat berharap agar Encik Haris dan sekeluarga dapat memaafkan saya seikhlasnya,” katanya.

Mengenai hubungan pasangan itu, ia akan terjawab selepas keluarga kedua belah pihak mencari titik penyelesaian sama seperti kenyataan rasmi Neelofa yang diedarkan kepada media, minggu lalu.

KREDIT: MetroOnline

Be the first to comment on "Reaksi PU Riz Terhadap Wanita Yang Sebar Fitnah Tentang Dirinya, Ramai Yang Baru Nampak Perangai Sebenarnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*