Apa Yang Terjadi Selepas Banjirr Surut Di Raub, Pahang. Ini Gambar Gambar Selepas Kejadian

Mang,sa banjirr di Pahang bertambah kepada lebih 19,900 orang pada pukul 10.30 pagi tadi berbanding 18,000 orang semalam.

Peningkatan tersebut menyaksikan lebih 5,280 keluarga dari sembilan daerah kini ditempatkan di 250 pusat pemindahan sementara (PPS).

Keadaan semasa di Kilometer 113 Lebuhraya Pantai Timur yang masih ditenggelami banjir susulan hujan lebat selama beberapa hari ketika tinjauan di sekitar Lanchang hari ini. FOTO BERNAMA

Lebuhraya LPT yang ditenggelami air di kilometer 113

Daerah Maran masih mencatat angka tertinggi dengan 4,510 mang,sa membabitkan 1,240 keluarga.

Temerloh pula merekodkan kedua tertinggi dengan 3,647 mang.sa daripada 969 keluarga sejurus air Sungai Pahang di daerah itu melimpah malam semalam.

Selain itu, Kuantan mencatat 2,659 mang.sa, diikuti Lipis (2,551orang), Raub (2,391 orang), Jerantut (2,279 orang) dan Rompin (1,012 orang).

Dalam pada itu, Pekan dan Bera pula masing-masing merekodkan 430 dan 423 orang mang.sa.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan mencemar duli menyantuni mang.sa banjirr di daerah Raub, kira-kira 200 kilometer dari sini.

Unit Media Pejabat Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang memaklumkan, baginda meluangkan masa kira-kira lima jam bermula 11.30 pagi melawat 24 pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar daerah berkenaan bagi melihat dan mendengar sendiri rintihan penduduk akibat bencana itu.

“Selain bertanya khabar, Tengku Hassanal turut mengurniakan sumbangan peribadi dan sumbangan daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

“Tengku Hassanal meninjau sendiri kawasan dinaiki air dengan diberikan taklimat ringkas daripada pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

Mengiringi baginda semasa lawatan berkenaan ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Abd Aziz Mat Kiram.

Antara PPS dilawati Tengku Hassanal ialah Surau Al-Hidayah Kampung Melayu Sempalit, Dewan Kegiatan Gali Tengah, Dewan Serbaguna Gali Hilir, Balai Raya Kampung Sungai Pasu, Balai Raya Kampung Durian Sebatang, Dewan Dato’ Seriwa Dong, Sekolah Kebangsaan Muhammad Jabar, Masjid Kuala Temau, Dewan Kampung Pia dan Balai Raya Kampung Jeruas.

Be the first to comment on "Apa Yang Terjadi Selepas Banjirr Surut Di Raub, Pahang. Ini Gambar Gambar Selepas Kejadian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*