Wajah Pengantin Ini Dipuji Seperti “Ayda Jebat” Selepas Disolek. Kuasa Solekan Berjaya Buat Parut Kem4langan 10 Tahun Lepas Hilang

Namun sudah jadi lumrah masa kini, apabila memilih pasangan wajah yang kacak atau jelita juga menjadi keutamaan bagi kebanyakan orang.

Bagaimanapun masih wujud insan yang lebih melihat kepada hati budi pasangan dan tidak menjadikan paras rupa sebagai kriteria utama dalam menjalinkan hubungan.

Begitulah kisah Siti Nadhrah Atika Salaman yang amat bersyukur dipertemukan jodoh walaupun cacat sebelah mata selepas terbabit dalam kema.langan jalan raya, 10 tahun lalu.

Wanita berusia 25 tahun ini mula menjadi perhatian ramai apabila foto-foto yang memaparkan wajahnya disolek cantik pada hari perkahwinan, 26 Disember lalu, dikongsi oleh seorang jurusolek.

Wajah Nadhrah yang disolek menyerlahkan kecantikannya, sungguhpun berparut akibat kema.langan.

“Kesian pengantin ini pernah mengalami kemal.angan 10 tahun lepas yang mengakibatkan cedera mata sebelah kanan, kening dan muka tetapi pengantin ini memang cantik sangat walaupun tanpa mekap,” tulis jurusolek berkenaan pada postingnya yang tular.

Siti Nadhrah Atika atau lebih senang disapa Nadhrah berkata pada mulanya dia langsung tidak tahu foto-foto itu tular, tetapi berasa lega apabila hanya komen positif dan pujian yang ditinggalkan di ruangan komen.

“Terkejut saya banyak pula yang komen sampai ada yang samakan mekap saya macam mekap Ayda Jebat masa kahwin.

“Saya akad nikah pada 6 Disember, foto itu adalah mekap masa majlis perkahwinan saya yang dilangsungkan di Johor Bahru, Johor baru-baru ni,” katanya ketika dihubungi mStar.

Bercerita lanjut mengenai dirinya, Nadhrah memberitahu ketika berusia 15 tahun dia dan abangnya terbabit dalam satu kemal.angan jalan raya berhampiran rumah keluarganya di Kampung Ladang Darat, Johor Bahru, Johor.

Akibat kemal.angan itu, mata di sebelah kanannya ce.dera pa.rah dan tidak lagi berfungsi selain turut meninggalkan pa.rut.

“Masa tu abang saya yang memandu kereta. Serpihan kaca masuk dalam dua-dua belah mata… kelopak mata sebelah kiri terkoyak tapi tak kena biji mata, malangnya serpihan terkena mata sebelah kanan.

“Mujur mata sebelah kiri boleh diselamatkan lagi, saya bersyukur sangat masa tu walaupun hanya Allah je tahu betapa sedihnya saya,” jelasnya.

Nadhrah yang kini tinggal bersama suaminya, Muhamad Farid Mohsan, 27, di Klang berkata usia perkenalan mereka genap setahun pada hari perkahwinan dilangsungkan.

“Kami kenal dekat tempat kerja Disember 2019, Ogos tahun lepas bertunang dan terus akad nikah pada Disember.

“Saya yang mula dulu mengorat suami. Masa tu memang tahu tak akan dapat sebab sedar kekurangan diri.

Nadhrah bersyukur kerana suami Muhamad Farid Manson, menerima dirinya seadanya.

“Tak sangka tak lama lepas tu suami bagi respons baik dan kami terus rancang kahwin,” ujarnya yang bekerja sebagai Pentadabir Sumber Manusia di Seri Kembangan, Selangor.

Menurut Nadhrah dia juga pernah bercakap mengenai kecacatan wajahnya dengan suami dan bersyukur apabila suaminya menerima segala kekurangannya.

“Saya pernah tanya suami, ‘awak tak malu ke keluar dengan saya muka saya macam ni?’

“Dia cakap langsung tak malu sebab dia tahu hati budi saya lebih dari segalanya, ” kata Nadhrah.

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment on "Wajah Pengantin Ini Dipuji Seperti “Ayda Jebat” Selepas Disolek. Kuasa Solekan Berjaya Buat Parut Kem4langan 10 Tahun Lepas Hilang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*