Anak Zahid Hamidi, Nurul Zahid Dapat Perlantikan Penting, Dia Beritahu Dia Tidak Gunakan ‘Cable’ Bapanya Tetapi Ini Yang Dilakukannya

BEBERAPA hari ini, panas di laman sosial memperkatakan tentang Nurul Zahid dilantik menjadi Ahli Perbadanan SME Corp.

Nurul Zahid atau nama sebenarnya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid iaitu anak sulung kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, telah dilantik sebagai Ahli Perbadanan SME Corp iaitu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MEDAC).

Pada 4 Jan lalu, portal tempatan melaporkan, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menyerahkan surat pelantikan tersebut kepada Nurul Zahid ketika Majlis Amanat dan Hala Tuju MEDAC 2021 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Sehubungan itu, perkara tersebut menjadi hangat diperkatakan netizen terutamanya kalangan anak muda di pelbagai media sosial. Berhubung isu tersebut, semalam Nurul Zahid tampil mengatakan kebenaran di laman Instagram miliknya.

Kata beliau, pelantikannya sebagai ahli perbadanan itu tidak ada kaitan dengan bapanya.

“Alhamdulillah. Tapi nak bagitau Zahid Abah kepada Nurul takda kena mengena dalam perlantikan ini.Anak Zahid bawa resume/CV sendiri serah kepada menteri.

“Kerana merasakan beliau layak memberi sumbangan kepada agensi itu selaras dengan latar belakang pendidikan dan pengalaman dalam pelbagai bidang,” tulis beliau.

Nurulhidayah, 42, memiliki ijazah sarjana dan sarjana muda dalam bidang komunikasi korporat dari Universiti Putra Malaysia.

SUMBER:SINAR+

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Anak Zahid Hamidi, Nurul Zahid Dapat Perlantikan Penting, Dia Beritahu Dia Tidak Gunakan ‘Cable’ Bapanya Tetapi Ini Yang Dilakukannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*