(Video) Seorang Wanita Tiba Tiba Datang Ke Meja Najib Razak. Rupanya Ada Sebab Kenapa Dia Nak Jumpa Najib

Minggu ini penuh dengan tulisan Alhamdullilah dan Syukur apabila duit caruman akaun 1 KWSP telah dimasukkan ke dalam akaun selepas kategori 1 i-Sinar diluluskan.

Dengan kemasukkan duit tersebut mampu membantu ramai orang untuk selesaikan apa yang patut atau yang tertunggak.

Walaupun tidak banyak tetapi ia mampu membantu dan semua ini terjadi selepas Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak menggesa kerajaan untuk membenarkan pengeluaran akaun 1 di waktu C0VlD.

Walaupun tidak semua yang layak tetapi peratusan yang layak agak tinggi.

Najib Razak memuat naik satu video dimana seorang surirumah telah datang ke meja beliau untuk memberitahu bahawa beliau sudah terima duit caruman i-Sinar.

Surirumah tersebut berterima kasih kepada Najib Razak kerana cadangan beliau untuk pengeluaran KWSP banyak membantu dia di dalam waktu sekarang.

“Seorang suri rumah datang ke meja saya tadi. Sampaikan penghargaan atas perjuangan kita untuk rakyat mengeluarkan KWSP.

Beliau sendiri telah berjaya mendapat pengeluaran. Keluarganya hidup susah. Gaji harian, ada anak-anak kecil yang perlu dijaga.

Saya buat apa yang saya boleh. Saya bantu setakat mana yang saya mampu. Saya berharap ia sedikit sebanyak dapat menampung beban.

Masa Covid-19 ini ramai terjejas. Saya doakan agar saudara-saudari semua terus dilindungi dan dimurahkan rezeki” – Najib Razak

Video Penuh:

Ramai yang tinggalkan komen di dalam video tersebut.

“Tahniah Bossku rakyat amat2 teruja dan amat2 gembira diatas usaha gigih Bossku rakyat dapt keluarkn duit kwsp akaun 1 alhmdulillah syukur….amin….hidup Bossku dan hidup BN”

“Dato seri,ramai pencarum kakegori1 sudah mula tersenyum.Diharap, Datoseri memberi tekanan terhadap KWSP untuk memansuhkan syarat untuk kategori2 yang dapat membolehkan mereka tersenyum dan lega”

“Tahniah yg lulus..tapi bagi yg bgaji kecil,tiada potong gaji,elaun, sgt kecewa..harap2 dsn permudahkanlh or buanglh syarat2 kategeri 2 ni”

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu hantaran di Facebook hari ini berkata, tindakan yang dibuat oleh pihak KWSP amatlah tidak wajar kerana duit KWSP itu sebenarnya hak milik rakyat.

Menurutnya, pihak KWSP sepatutnya membenarkan semua pencarum mengeluarkan RM10,000 secara pukal tanpa meletakkan syarat sedemikian.

“Kalau mereka nak keluarkan RM10,000 terpulang lah kepada mereka. Kalau mereka tak perlu, mereka tak kan berbuat demikian.

“Jadi, kita mesti percaya kepada pencarum bahawa ini adalah dana mereka sendiri. Hidup mereka juga amat tertekan dan ada yang perlukan duit ini untuk kecemasan kini,” katanya.

Tambahnya, jika kerajaan benar-benar prihatin dan peka dengan tuntutan rakyat, maka pihak mereka perlu mengubah dan melakukan penambahbaikan terhadap pengumuman yang dibuat oleh pihak KWSP semalam.

“Saya akan terus memperjuangkan hasrat rakyat dan pada saya kalau kerajaan masih mengekalkan syarat-syarat yang ketat ini, maka saya yakin perkara ini akan mengundang kemarahan rakyat secara berterusan,” kata beliau lagi dalam hantaran tersebut.

Artikel By: AwattSyeikhhh Network

Be the first to comment on "(Video) Seorang Wanita Tiba Tiba Datang Ke Meja Najib Razak. Rupanya Ada Sebab Kenapa Dia Nak Jumpa Najib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*