Dapat Duit i-Sinar, Adik Beradik Ini Buat Sesuatu Sampai Menangis Ibu Mereka Terharu

Pengumuman pengeluaran wang i-Sinar KWSP ternyata memberi sinar baharu buat mereka yang terjejas susulan pandemik COVID-19. Difahamkan, mereka yang tersenarai dalam kumpulan pertama I-Sinar sudah pun menerima wang tersebut.

Namun berbeza buat enam beradik ini yang menggunakan wang tersebut untuk menggembirakan hati ibu mereka dengan menghadiahkan barang kemas.

Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok, Norsilawati Mohamad berkongsian dia dan adik-beradiknya terus ke keadi emas untuk membeli hadiah tersebut.

Ternyata, video dikongsikan mendundang sebak di kalangan netizen apabila melihat reaksi ibu mereka yang menangis kegembiraan apabila menerima hadiah tidak disangka-sangka daripada anak-anaknya

Menurut Norsilawati, pemberian mereka adik beradik tidak seberapa jika dibandingkan dengan pengorbanan ibunya yang banyak berkorban untuk mereka.

Katanya, ibunya sering bangun awal untuk menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anak sebelum mereka keluar bekerja dan cucikan pakaian kerja namun tidak sedikit pun mengeluh.

Diruangan komen, rata-rata netizen turut rasa terharu dengan kejutan yang dilakukan serta memuji tindakan mereka itu yang menjadi inspirasi kepada orang lain untuk terus berbakti dan membahagiakan ibu bapa selagi mereka masih hidup di dunia ini.

SUMBER: TikTok Via Gulapop

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Dapat Duit i-Sinar, Adik Beradik Ini Buat Sesuatu Sampai Menangis Ibu Mereka Terharu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*