Syukur, Keluarga Ini ‘Terselamat’ Dari Menaiki Pesawat Sriwijaya Sebelum Terh3mpas. Rupanya Ini Sebab Kenapa 1 Keluarga Tidak Naik Hari Itu

Siapa sangka, gara-gara penerbangan dihalang kerana tidak menjalani ujian swab, keluarga ini terselamat daripada na.has ngeri kapal terbang terhem.pas.

Seorang individu dari Padang Pariaman di Sumatera Barat, Indonesia, Osneti mampu menghela nafas lega apabila beliau dilarang untuk menaiki penerbangan Sri wijaya Air SJ 182 dari Jakarta ke Pontianak baru-baru ini.

Segalanya bermula apabila wanita berusia 50 tahun itu bersama anak, adik dan anak buahnya dilaporkan tidak memiliki dokumen ujian swab COVID-19 PCR ne.gatif.

“Saya sudah tiba di lapangan terbang dan hendak menaiki pesawat, tapi dilarang kerana tidak memiliki hasil ujian swab PCR.

“(Sebaliknya) saya hanya ada surat ujian pantas (rapid test) antigen,” katanya ketika dihubungi pemberita, memetik laporan Kompas.

Nahas pesawat Sriwijaya: Bahagian tubuh manusia ditemui dekat perairan Jakarta - BERITA MediaCorp

Difahamkan, beliau pada awalnya tidak tahu bahawa syarat untuk masuk ke Pontianak adalah diwajibkan untuk menjalani ujian swab berkenaan, di samping hanya menyangka bahawa surat ujian pantas antigen itu sudah memadai.

Ekoran dihalang daripada mengikuti penerbangan, timbul kekecewaan dalam diri Onesti kerana tiketnya sudah dibeli.

Malah Osneti juga terkilan kerana kehadirannya di Pontianak sebagai tetamu bagi majlis perkahwinan yang dijadual berlangsung pada 10 Jan semalam juga dinantikan ahli keluarganya di sana.

“Tapi kekecewaan itu berubah menjadi sujud syukur kerana hanya selang beberapa jam selepas pembatalan penerbangan itu, saya mendapat khabar berita kapal terbang itu hilang dari radar,” luahnya.

Jelasnya, beliau tidak menyangka hikmah dia dilarang menaiki penerbangan tersebut telah menyelamatkan nya.wanya sendiri hingga membuat sujud syukur serta menangis.

Tidak kurang juga, perasaannya ketika itu agak bercampur-baur kerana dirinya terselamat daripada nahas tersebut, sedangkan penumpang lain telah pun meninggal dunia.

“Senang dan duka bercampur-aduk. Senang kerana mampu terhindar daripada musibah itu, duka kerana ada orang lain yang terkena musibah,” katanya.

Sumber : Siakap Keli

Be the first to comment on "Syukur, Keluarga Ini ‘Terselamat’ Dari Menaiki Pesawat Sriwijaya Sebelum Terh3mpas. Rupanya Ini Sebab Kenapa 1 Keluarga Tidak Naik Hari Itu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*