(Video) Perdana Menteri Umum PKP 2.0 Akan Bermula. Ini Kategori PKP Untuk Setiap Negeri Dalam Malaysia

Sejak dari hari sabtu perkara yang disebut sebut oleh rakyat adalah PKP 2.0 akan dijalankan atau tidak?

Jika anda perasan sejak semalam rata rata rakyat telah menyerbu hampir semua pasaraya penuh.

Barang keperluan seperti bawang, beras, minyak masak dan lain lain hampir licin di rak rak pasaraya. Seperti yang berlaku pada PKP 1.0 pada Mac 2020, panik buying telah berlaku.

Jadi adakah PKP akan dijalankan seperti yang digembar gemburkan di media sosial.

Ketika siaran langsung perutusan khas Perdana Menteri baru sahaja bermula, jumlah penonton amat mengejutkan.

Tidak sampai seminit jumlah penonton yang menonton di LIVE Bharian Online mencecah lebih dari 100 ribu. Ini baru daripada satu media dan bukan dari media lain.

Ketika perutusan khas PKP daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau memberitahu jangkaan kes positif akan makin meningkat.

Pihak frontliner juga sekarang sudah penat dan kemampuan kita hampir mencecah tahap maksimum selepas jumlah kes baru tidak menurun.

Hari ini Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP akan dijalankan semula.

Tempoh PKP akan dijalankan selama 14 hari. Bermula pada hari Rabu ini 13hb Januari sehingga 26hb Januari 2021. Perintah ini melibatkan 3 peringkat.

Menurut beliau, PKP hanya akan membabitkan enam negeri sahaja iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

PKP Bersyarat pula akan dikenakan ke atas enam lagi negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Manakala PKP Pemulihan pula akan dikenakan ke atas negeri Perlis serta Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

Tambahnya, negeri-negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh KKM dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum.

Perdana Menteri membuat pengumuman bahawa rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara.

Untuk negeri yang dikenakan PKP, rentas daerah juga tidak dibenarkan. Di dalam negeri yang terlibat dalam PKP, pergerakkan terhad sejauh 10 KM sahaja dan 2 orang dari isi rumah yang sama sahaja boleh keluar membeli keperluan.

Jika melanggar peraturan ini kompaun boleh dikenakan sebanyak RM1000.

Video Penuh:

Berita selanjut akan menyusul …

Artikel By: AwattSyeikhhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

SALIN SEMULA TIDAK DIBENARKAN TANPA KEBENARAN AWATTSYEIKHHH NETWORK

Be the first to comment on "(Video) Perdana Menteri Umum PKP 2.0 Akan Bermula. Ini Kategori PKP Untuk Setiap Negeri Dalam Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*