Adakah Rakyat Akan Dikenakan Perintah Berkurung Dalam Tempoh Darurat Ini. Ini Penjelasan Perdana Menteri

Pengisytiharan darurat yang diperkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah ini bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan seperti yang dibimbangi rakyat.

Bukan Rampasan Kuasa Tentera, Perintah Berkurung Tidak Akan Dilaksanakan – PM

“Sebaliknya sepanjang tempoh darurat ini, kerajaan awam akan terus berfungsi. Biar saya tunjukkan kerajaan pembangkang juga akan berfungsi.

“Daripada segi pentadbiran kerajaan, jemaah menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-Negeri akan terus berfungsi menurut Perlembagaan Persekutuan dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan oleh YDPA dari semasa ke semasa.

“Saya memberi jaminan bahawa jentera pentadbiran dan perkhidmatan awam kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan darurat ini,” katanya dalam Pengumuman Khas Darurat hari ini.

Agong Perkenan Tubuh Jawatankuasa Bebas Libatkan Ahli Parlimen Kerajaan, Pembangkang, Pakar-pakar Kesihatan & Pihak Berkaitan

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah perkenan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Bebas melibatkan ahli-ahli parlimen pihak kerajaan dan pembangkang.

Titah Seri Paduka Baginda menerusi satu perutusan, turut sama yang terlibat dalam usaha tersebut adalah pakar-pakar kesihatan dan pihak yang berkaitan.

“Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal,” jelas perutusan tersebut hari ini.

Dalam masa sama, Al-Sultan Abdullah turut perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dapat dilaksanakan ekoran situasi semasa jangkitan COVID-19 di negara ini berada pada paras amat kritikal.

Tempoh darurat yang diperkenankan adalah sehingga 1 Ogos ini atau lebih awal sekiranya angka kes hariana COVID-19 dapat dikawal.

Sumber : Siakap Keli

Be the first to comment on "Adakah Rakyat Akan Dikenakan Perintah Berkurung Dalam Tempoh Darurat Ini. Ini Penjelasan Perdana Menteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*