Ini Kata Kata Neelofa Selepas PKP Diumumkan Oleh Perdana Menteri Semalam

PETALING JAYA – Selebriti terkenal, Neelofa menitipkan kata-kata semangat buat rakyat Malaysia yang terkesan dengan perlaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakaan (PKP) berikutan peningkatan penularan tidak terkawal kes Covid-19.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 31, mendoakan agar rezeki orang ramai dilapangkan pada waktu yang amat mencabar sekarang ini.

“Buat yang terkesan dengan PKP seperti usahawan dan freelancers (bekerja sendiri), semoga Allah SWT sentiasa lapangkan rezeki kalian dari pelbagai sudut.

“Buat yang masih mempunyai kerja dan bekerja secara WFH (bekerja dari rumah), kerjalah dengan penuh ikhlas dan bersyukurlah masih ada rezeki bekerjaya,” ciap Neelofa melalui Twitter.

Dalam pada itu, Neelofa turut bersoloroh melalui satu ciapan yang berbunyi: “know know 2022 already (Tahu-tahu sudah 2022)” kerana tidak dapat menjangka apa yang berlaku pada tahun 2021.

Setakat pukul 4 petang tadi, ciapan itu mendapat hampir 20,000 retweet (ulang kicau) dan hampir 30,000 ribu tanda suka.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini hingga 26 Januari depan.

Sumber : Kosmo Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Ini Kata Kata Neelofa Selepas PKP Diumumkan Oleh Perdana Menteri Semalam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*