Pengumuman PKP 2.0 Sudah Dihadam Namun Sesi Persekolahan Menjadi Tanda Tanya Ibubapa Dan Pelajar

Pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, disambut baik oleh semua pihak.

PM mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Perintah itu membabitkan tiga peringkat pelaksanaan iaitu PKP ke atas enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Dalam ucapannya petang tadi PM turut memberitahu calon peperiksaan utama terutama di negeri dikenakan PKP bagi sesi 2020 dan 2021 dibenarkan hadir ke sekolah dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Beliau berkata, walaupun terdapat sekatan pergerakan yang ketat khususnya di negeri dikenakan PKP, pengecualian diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

“Mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan memperincikan SOP ini,” katanya dalam Perutusan Khas PKP, petang tadi (Isnin).

Bagaimanapun ada di kalangan pengguna laman sosial di pelbagai platform terutama ibu bapa menyatakan kekeliruan tentang pembukaan sekolah dan taska.

Rata-rata ibu bapa menuntut penjelasan serta kenyataan lebih jelas daripada pihak kementerian berkenaan isu terbabit.
Ini kerana menurut mereka (ibu bapa), kelengkapan persekolahan anak-anak perlu disediakan termasuk pembayaran yuran dan pengasuh serta hal-hal lain.

Terdahulu, PM mengumumkan PKP Bersyarat (PKP-B) turut dijalankanke atas enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Manakala PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

SUMBER: GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir pan jang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Pengumuman PKP 2.0 Sudah Dihadam Namun Sesi Persekolahan Menjadi Tanda Tanya Ibubapa Dan Pelajar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*