Tun Mahathir Beritahu Tidak Perlu Buat Darurat, Ini Sebab Kenapa Bekas PM Kata Demikian

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat kerajaan mempunyai kuasa yang cukup untuk menangani penularan COVID-19 tanpa perlu mengisytiharkan darurat.

Bekas Perdana Menteri berkata, ia berikutan rakyat di negara ini patuh kepada arahan kerajaan yang membabitkan sekatan pergerakan.

Beliau berkata, semua pihak juga tidak tahu setakat mana pengisytiharan darurat itu boleh mengikat rakyat daripada bergerak.

Katanya, keadaan di negara ini berbeza dengan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang segala arahan atau sekatan diumumkan kerajaan mendapat tentangan daripada rakyatnya.

“Di Malaysia suruh ‘lock down’, kita ‘lock down’, suruh jangan gerak, kita tak gerak. Suruh duduk di rumah, kita duduk di rumah. Ada la dua tiga orang yang bantah tetapi tindakan boleh diambil terhadap mereka.

“Maka yang ada darurat ini kononnya kerana berkembang COVID-19 tetapi apa yang darurat ini boleh buat yang tidak boleh dibuat oleh kerajaan sekarang.

“Pendapat saya, kita boleh buat segala usaha untuk kurangkan perkembangan (penularan) COVID-19,” katanya pada sidang media selepas melancarkan platform pemasaran Herbee di sini, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat sehingga 1 Ogos atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Baginda turut berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas akan dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan.

Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada baginda jika pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal.

Sumber: BHarianOnline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Tun Mahathir Beritahu Tidak Perlu Buat Darurat, Ini Sebab Kenapa Bekas PM Kata Demikian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*