Ini Waktu Operasi Untuk Restoren, Foodtruck, Gerai Tepi Jalan Dan Lain Lain Sewaktu PKP. Adakah Sama Dengan PKP 1.0 Dahulu

Aktiviti jualan makanan di restoran, kedai, gerai, kenderaan saji (food truck) dan penjaja tepi jalan di negeri yang terbabit Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran sama turut diberikan kepada penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan di tepi jalan, kios, kedai runcit serta kedai serbaneka.

Gambar hiasan - NSTP/AIZUDDIN SAAD

“Aktiviti pembekalan atau penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran, bermula jam 6 pagi hingga 8 malam.

“Hospital dan klinik pula dibenarkan beroperasi hingga 24 jam, manakala kedai farmasi dan kedai keperluan harian boleh beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam.

“Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam, kecuali stesen minyak di lebuh raya boleh beroperasi 24 jam,” katanya pada sidang media di Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.

Bagi pasar harian dan pasar tani, beliau berkata, kerajaan membenarkan ia beroperasi mulai jam 7 pagi hingga 2 petang.

Pasar borong pula boleh beroperasi dari jam 12.01 tengah malam hingga 6 pagi dan dari jam 11 pagi hingga 4 petang.

“Klinik haiwan dan kedai makanan haiwan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam.

“Kedai dobi kecuali kedai dobi layan diri pula dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Ini Waktu Operasi Untuk Restoren, Foodtruck, Gerai Tepi Jalan Dan Lain Lain Sewaktu PKP. Adakah Sama Dengan PKP 1.0 Dahulu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*