DG Noor Hisham Beri Jangkaan Tarikh Ini Untuk Jumlah Kes C0VlD19 Turun

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan jangkaan untuk melandaikan kes COVID-19 pada bulan Mei depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, setakat ini masih terlalu awal untuk meletakkan unjuran COVID-19 dan jangkaan itu juga bergantung kepada tahap kepatuhan masyarakat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita telah berada di landasan yang betul dan kita harap kepatuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) PKP.

“Jika ada keperluan untuk keluar rumah pastikan sop dipatuhi, pakai pelitup muka, cuci tangan dan sebagainya.

“Kita jangkakan mungkin dalam bulan Mei kes COVID-19 dapat dilandaikan di negara kita,” katanya ketika sidang media KKM pada Rabu di Putrajaya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham menjelaskan, KKM meletakkan tempoh 12 minggu bagi mengawal semula kedudukan kes COVID-19 di negara.

Bagaimanapun katanya, pelaksanaan PKP bagi tempoh dua minggu ini akan diteliti dan perkara tersebut bergantung kepada situasi semasa COVID-19.

Sumber : ASTRO AWANI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "DG Noor Hisham Beri Jangkaan Tarikh Ini Untuk Jumlah Kes C0VlD19 Turun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*