Madu Tiga Versi PKP Buat Mereka Di Rumah Terhibur

TANDA palang atau hashtag Happy PKP kini tiba-tiba trending di Twitter sementara rakyat Malaysia di beberapa buah negeri kini terpaksa berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali kedua.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan PKP berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid-19.

Namun Isnin lalu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP sekali lagi di enam negeri untuk tempoh 14 hari bermula hari ini hingga 26 Januari.

Tinjauan juga mendapati ramai dalam kalangan orang ramai yang berat hati untuk melalui PKP sekali lagi seperti apa yang mereka luahkan di laman sosial masing-masing terutamanya dalam kalangan perniaga kecil.

Tak lupa juga golongan pelajar kolej dan Universiti termasuk calon yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga terkesan membuatkan mental mereka turut terganggu.

Namun, menurut Perdana Menteri, trend peningkatan kes Covid-19 amat membimbangkan dan pendekatan tegas perlu bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan wabak itu.

Maka perlaksanaan PKP sekali gus mampu menurunkan bilangan kes positif harian ke satu tahap yang terkawal dan boleh diurus dengan lebih berkesan.

Sementara itu, orang ramai ada juga yang mula mengeluh, penat dan keliru setelah mereka melalui pelbagai peringkat PKP tetapi kini seolah tiada penghujungnya.

Oleh demikian, bagi memberikan keredaan dalam situasi yang semakin rumit ini, sebuah suntingan alih suara babak yang diambil dari filem klasik popular lakukan P.Ramlee iaitu Madu 3 kini tular di Twitter

Video alih suara itu telah meraih perhatian ramai apabila ia menggambarkan situasi yang dilalui rakyat Malaysia hari ini seolah ‘kena’ dengan babak yang sedang dilakonkan dalam filem tersebut.

Dalam klip filem Madu 3 yang tular di Twitter itu, watak Rohani, Hasnah dan Latifah yang telah dimadukan secara rahsia mengejar suami mereka Jamil dan akhirnya mereka berbincang di sebatang jambatan untuk mencari jalan penyelesaian.

Rohani kemudian memberitahu Jamil, lakonan P.Ramlee, bahawa dia perlu adil dalam melayan ketiga-tiga mereka dan Jamil juga perlu bergilir-gilir tinggal bersama semua isterinya sehingga akhir hayat.

Namun, alih suara yang disunting ke dalam klip itu telah menukar nama isteri-isteri Jamil dengan PKP, PKPB dan PKPP membuat ramai penonton berdekah.

Kreatif betul! Siapa punya kerja lah ni! Kasihan Abang Jamil.

Namun, SinarPlus percaya suntingan itu dibuat hanya hiburan semata-mata bagi menghiburkan hati masyarakat kini yang terpaksa berdepan situasi yang sukar.

Diharap orang ramai patuh dengan segala arahan yang telah dibuat oleh kerajaan supaya rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan dengan segera. #juststayathome.

SUMBER: Sinar+ / Twitterr

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Madu Tiga Versi PKP Buat Mereka Di Rumah Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*