Pesakit Covid Boleh Dirawat Di Hospital Swasta, Sekiranya Mereka Tidak Mahu Terima Ini Tindakan Yang Boleh Diambil Terhadap Hospital

KUALA LUMPUR: Hospital swasta yang tidak memberikan kerjasama, enggan menerima dan merawat pesakit COVID-19, boleh dipenjara serta didenda sehingga RM5 juta.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata hospital swasta boleh diarahkan oleh Kementerian Kesihatan (KMM) dalam apa juga cara untuk membantu merawat individu yang dijangkiti COVID-19.

Katanya, Ordinan Darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan memudahkan tugas kerajaan mengatasi penularan COVID-19 khususnya dalam konteks kesihatan.

“Justeru, ini jelas pihak hospital swasta wajib membantu KKM menerima dan merawat individu yang dikesan dijangkiti COVID-19 tanpa boleh ada penolakan.

“Sekiranya mereka (hospital swasta) tidak memberikan kerjasama serta enggan menerima dan merawat pesakit COVID-19, mereka boleh berhadapan risiko dipenjara dan didenda sehingga RM5 juta.

“Dulu hospital swasta boleh reject (buang) pesakit dan KKM tiada kuasa untuk halang mereka namun di bawah Ordinan Darurat ini kerajaan boleh arahkan pihak hospital swasta ambil pesakit COVID-19, dan jadikan hospital mereka sebagai pusat kuarantin,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, semasa pelaksanaan Ordinan Darurat juga kerajaan tidak perlu bimbang dengan isu tidak cukup katil bagi pesakit COVID-19, selepas KKM boleh mengarahkan pihak swasta membenarkan penggunaan wad mereka.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Pesakit Covid Boleh Dirawat Di Hospital Swasta, Sekiranya Mereka Tidak Mahu Terima Ini Tindakan Yang Boleh Diambil Terhadap Hospital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*