Emma Maembong Dan Suami Positif Covid. Ketika Bayi Mereka Diswab Test, Emma Maembong Tidak Dapat Menahan Air Mata (Video)

Pelakon Emma Maembong, 29, memaklumkan khabar tidak baik apabila dirinya disahkan positif Covid-19.
Menurut Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, dia tidak mempunyai sebarang simptom sehinggalah mengetahui selepas melakukan ujian calitan (swab test).

Emma Maembong & Suami Positif Covid-19, Baby Shariq Negatif

“Buat ujian calitan di rumah sendiri bersama @kumpulan_megaklinik_zahran.

“Sangat bagus dan profesional. Mereka boleh datang ke rumah dan lakukan. Saya tiada apa-apa simptom tapi keputusan ujian calitan positif.

“Jadi, walaupun rasa sihat, buat sahaja ujian calitan sebab kita tidak tahu ada atau tidak virus tersebut dalam diri kita. Jaga diri dan patuh SOP,” tulisnya di Instagram (IG), sebentar tadi.

Turut sama positif virus merbahaya itu adalah suaminya, Shazli Azhar yang berkongsi menerusi sebuah entri di IGnya.

Ibu mana yang tidak sedih bila anak kecil terpaksa hadapi situasi dimana mulut dan hidung terpaksa dicucuk untuk swab test.

Rakaman video menunjukkan bayi Emma Maembong bernama Shariq Gabriel menjalani swab test.

Emma Maembong tidak dapat menahan sebak dan menangis sepanjang proses anak dia dikenakan swab.

Video:

Walaubagaimanapun, anak lelaki mereka, Shariq Gabriel disahkan negatif virus tersebut selepas sama-sama membuat ujian calitan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut mendoakan kesejahteraan untuk keluarga kecil ini.

“@mawarashid: Cepat sembuh Ma.

“@nadyasyahera: Jaga diri Emma. Semoga dipermudahkan urusan mu dan keluarga.

“@adelinetsen: Kuat babe. Makan vitamin C banyak-banyak. Semoga cepat sembuh,” antara komen-komen ditinggalkan.

Terdahulu, Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazli pada 20 Februari tahun lalu.

Be the first to comment on "Emma Maembong Dan Suami Positif Covid. Ketika Bayi Mereka Diswab Test, Emma Maembong Tidak Dapat Menahan Air Mata (Video)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*