Isu Trademark Daging Harimau Menangis Sudah Sampai Ke Thailand, Ini Reaksi Warga Thai

Baru-baru ini heboh di media sosial apabila ibu kepada Neelofa, Datin Kartini mendakwa sudah mendaftarkan trademark jenama Daging Harimau Menangis. Menerusi pendaftaran tersebut, ia secara tidak langsung memberikan hak eksklusif kepadanya terhadap jenama itu. Walau bagaimanapun, perkara tersebut telah mengundang kecaman netizen kerana mereka menganggap nama Daging Harimau Menangis sudah lama digunakan sejak dahulu lagi.

Susulan daripada kontroversi tersebut, seorang warga Thailand tampil memberikan respon menerusi satu tweet di laman Twitter.

Respon warga Thailand

Menerusi tweet yang menggunakan bahasa Thailand itu, menceritakan semula kejadian yang berlaku di Malaysia yang melibatkan Datin Kartini dan isu penggunaan jenama Daging Harimau Menangis. Malahan, tweet tersebut turut menceritakan kegigihan rakyat Malaysia dalam mempertahankan nama menu tersebut.

Tidak berakhir di situ, dia turut menjelaskan rakyat Malaysia cakna mengenai asal usul menu tersebut yang berasal dari Thailand.

Menerusi ruangan balas tweet tersebut, rakyat Malaysia tampil menceritakan mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan Datin Kartini. Tambahan pula, mereka turut menjelaskan mereka tahu menu tersebut berasal dari Thailand dan tidak boleh sewenang-wenangnya diambil sesuka hati.

Terbaru, menerusi satu laporan akhbar Datin Noor Kartini telah membatalkan permohonan cap dagang bagi jenama Daging Harimau Menangis.

Sumber: Azlil Via OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pas tikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri, komen elok-elok.

Be the first to comment on "Isu Trademark Daging Harimau Menangis Sudah Sampai Ke Thailand, Ini Reaksi Warga Thai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*