Najib Razak Luah Rasa Tidak Puas Hati. Apa Kaitan Perniagaan Ini Dengan Essential Service, Untuk Siapa Sebenarnya

Sebanyak 16 aktiviti bagi sektor perdagangan dan pengedaran di bawah kawal selia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan enam negeri.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata ia membabitkan kompleks membeli-belah, pasar raya atau pasar raya besar, ‘departmental store’, farmasi atau penjagaan diri, kedai serbaneka atau mini mart; dobi (tidak termasuk layan diri), restoran dan kedai perabot.

Katanya, turut dibenarkan beroperasi ialah kedai emas, kedai elektrik dan elektronik, kedai buku dan alat tulis, kedai perkakas, makanan haiwan, bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti, pusat pengedaran dan jualan kereta, serta kedai runcit pengkhususan lain seperti di stesen minyak.

“Sehubungan itu sektor perdagangan dan pengedaran yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala LUmpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah, perlu mendapatkan surat notifikasi pengesahan pendaftaran.

PKP jangan dilonggarkan sekali gus, nanti susah nak kawal – Suara Merdeka

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak dikenali sebagai yang bersuara lantang sejak tidak menyandang jawatan Perdana Menteri.

Banyak idea idea beliau yang dikeluarkan adalah untuk kepentingan rakyat seperti moratarium dan pengeluaran wang simpanan KWSP.

Baru baru ini Najib Razak telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan sektor/perniagaan yang dibuka.

Najib memberitahu apakah keperluan membenarkan kedai menjual emas dibuka? Dengan keadaan sekarang adakah kedai emas dalam salah satu sektor keperluan?

“Sejak bila menjual emas dan barang kemas jadi perkhidmatan keperluan (essential service) masa PKP? Essential service bagi siapa?” – Najib Razak

Najib Razak juga mempersoalkan tentang sektor pembinaan yang dibuka.

Yang mencetuskan bahagian terbesar jumlah kes serta kluster Covid semasa PKPB gelombang ketiga: sektor pengilangan, pembuatan dan tapak pembinaan.

Yang dibenarkan terus beroperasi semasa PKP amat ketat untuk kononnya membendung gelombang ketiga: sektor pengilangan, pembuatan dan sektor pembinaan juga?

Apa beza SOP PKP dengan SOP PKPB bagi sektor-sektor itu?

Jika serious untuk mengawal Covid, lebih elok sektor-sektor ini dihentikan sementara untuk 2 minggu PKP 2.0 fasa pertama sahaja agar PKP tidak dilanjutkan berulang kali.

Artikel By: AwattSyeikhhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Najib Razak Luah Rasa Tidak Puas Hati. Apa Kaitan Perniagaan Ini Dengan Essential Service, Untuk Siapa Sebenarnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*