Kerana Kenduri Kahwin, 21 Ahli Keluarga Positif C0VlD. Ini Kenyataan Dari KKM

Akhir-akhir ini berlakunya peningkatan kes Covid-19 yang drastik di negara kita. Tambahan pula, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 terpaksa dilaksanakan di enam buah negeri bagi melandaiakan semula kes Covid-19.

Tidak berakhir di situ, muncul pelbagai kluster baharu yang berpunca daripada pergerakan rentas negeri sejak kerajaan membenarkannya semula

Terbaru lapor Astro Awani, seramai 21 orang positif Covid-19 yang dikenal pasti menerusi Kluster Kampung Lebu.

Data berkait Kluster Kampung Lebu yang dikeluarkan oleh KKM.

Kluster Kampung Lebu dikenal pasti antara salah satu daripada enam kluster yang berjaya dikesan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster ini dikaitkan dengan kenduri perkahwinan dan tahlil yang melibatkan daerah Bentong dan Kuantan di Pahang.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-122,732) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Saringan yang telah dijalankan ke atas kontak rapat terutama ahli keluarga dan tetamu majlis seterusnya mendapati seramai 20 lagi individu dikesan positif COVID-19.

Nama kluster ini diberikan sempena dengan lokasi majlis perkahwin tersebut yang diadakan di Kampung Lebu Bentong. Sehingga semalam, seramai 80 invidivu telah disaring.

Sumber: Astro Awani via OH BULAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Kerana Kenduri Kahwin, 21 Ahli Keluarga Positif C0VlD. Ini Kenyataan Dari KKM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*