Remaja Perempuan 16 Tahun Hilang Kehormatan Ketika Dalam Tahanan Lokap

(Gambar sekadar hiasan).Kuching: Polis menyiasat dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang mendakwa dir0goll tahanan lain ketika berada dalam lokap Balai P0lis Pusat Miri pada 9 Januari lalu.

Berdasarkan laporan p0lis yang dibuatnya, dia ditahan pada 8 Januari lalu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudiann ha ram.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, pihaknya akan melakukan siasatan secara terperinci mengenai dakwaan itu sama ada terdapat kecuaian anggota pasukan keselamatan ketika bertugas.

“Dua anggota yang bertugas ketika kejadian itu berlaku sudah digantung kerja serta-merta sementara siasatan sedang dijalankan,” katanya ringkas kepada Bernama malam ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai remaja perempuan itu.

Senator Alan Ling Sie Kiong menerusi hantaran di akaun Facebook milik beliau hari ini mendedahkan bahawa satu laporan dibuat oleh seorang remaja perempuan di Balai Polis Pusat Miri yang mendakwa dirinya dir0g0l oleh tahanan lain ketika berada di dalam lokap di balai berkenaan.

Ketika ditahan di sel lokap berasingan daripada tahanan lelaki, mangsa mendakwa pintu sel lokap lelaki tidak berkunci.

Kemudian, pada 9 Jan, mangsa berkata pelaku, yang didakwanya mempunyai kunci, membuka pintu sel lokapnya dan mer0g0lnya di tandas.Menurut Senator Alan Ling, yang menemani remaja itu membuat laporan polis, pelaku tersebut merupakan pesalah juvana.

Perogol itu telah didakwa pada 12 Januari atas perbuatan itu dan mengaku bersalah.Dalam laporannya, remaja itu menggesa polis agar menyiasat kecuaian yang menyebabkan dia dir0g0l, serta jika ada unsur “persubahatan dan penglibatan” pihak polis.

Ketua polis Sarawak Aidi Ismail ketika dihubungi berkata, dua pegawai polis yang ditugaskan menjaga lokap ketika kejadian itu telah digantung tugas dan kini dalam siasatan.

“Mereka sepatutnya menjalankan tugas tetapi gagal melakukannya.Kami juga akan menyiasat penyelia mereka, sama ada telah mengawasi kedua-dua anggota tersebut dan adakah semuanya dalam keadaan seperti sepatutnya atau tidak, “katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Ling dan pembantunya Lawrence Law – kedua-duanya merupakan peguam – mempertimbang untuk memfailkan saman sivil bagi pihak remaja tersebut, bagi mendapatkan pampasan dan ganti rugi atas kejadian yang berlaku.

SUMBER:MK & HMetro

Be the first to comment on "Remaja Perempuan 16 Tahun Hilang Kehormatan Ketika Dalam Tahanan Lokap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*