Menteri Pengangkutan Bersuara Tentang Anggota P0lis Yang Menangguhkan Perkahwinannya Demi Keutamaan Kepada Tugas

Kepada semua petugas barisan hadapan, kita sedang berdepan ‘peperangan’ sangat besar. Negara bergantung harap kepada kita semua.Biar pun sering tidak lena tidur dan keletihan yang kronik. Hapuslah air matamu, bangkit dan sekali lagi kita berjuang.

Semangat yang tinggi ditunjukkan oleh setiap anggota keselamatan, kesihatan dan bomba menunjukkan semangat yang tinggi dalam melaksanakan tugas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun berhadapan cabaran

Pengorbanan seorang pegawai polis yang mengambil keputusan menangguhkan perkahwinannya demi keutamaan kepada tugas, mendapat pujian daripada Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Menteri Pengangkutan itu memuji Ahmad Zaim Nasreen Musa, yang sepatutnya melangsungkan pernikahan bersama pasangan, Mas Ayuvita Azizul pada Ahad (17 Januari) di Gemas, Negeri Sembilan.

“Demi tugas, demi negara, anggota keselamatan kita sedia berkorban apa saja.

“Anggota keselamatan, Ahmad Zaim Nasreen bin Musa sepatutnya meraikan hari bahagia beliau dengan pasangannya, Mas Ayuvita binti Azizul di Felda Palong 8, Gemas, Negeri Sembilan hari ini 17 Januari 2021.

“Namun demi tanggungjawab kepada negara, Ahmad Zaim menangguhkan hari bahagianya. Satu pengorbanan yang amat besar,” tulis Dr Wee di laman Facebook pada Ahad.

Beliau turut memuat naik gambar Ahmad Zaim yang memegang nota bertulis ‘sepatutnya hari ini saya nikah 17.01.21’.

Dalam pada itu, Dr Wee turut menzahirkan penghargaan terhadap pada petugas barisan hadapan di atas pengorbanan mereka.

“Hargailah jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan negara kita,” tulisnya lagi.

SUMBER: THE STAR Via Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Menteri Pengangkutan Bersuara Tentang Anggota P0lis Yang Menangguhkan Perkahwinannya Demi Keutamaan Kepada Tugas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*