Penunggang Motorsikal Akhirnya Tampil Ceritakan Kenapa Tiba Tiba Dia ‘Langgar’ Lampu Merah Sehingga Dilangg4r Kereta

Penunggang motosikal yang terlibat kemal.angan ketika melarikan diri daripada polis di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong, Ahad lalu mengaku tiada kejadian diten.dang oleh anggota polis sebagaimana yang didak.wa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, perkara itu diakui oleh lelaki berusia 21 tahun itu ketika polis mengambil keterangannya.

Menurutnya, lelaki yang mengalami p4tah kaki akibat kejadian itu berkata, dia tidak menyedari lampu isyarat di lokasi kejadian ketika itu berada dalam mod ‘lampu merah’.

“Kita sudah merekod percakapan penunggang motosikal. Dia mengakui tidak diten.dang oleh polis seperti yang didakwa sebaliknya dilang.gar sebuah kereta selepas tidak berhenti di persimpangan lampu isyarat.

“Dia yang juga pekerja hotel turut mendakwa tidak perasan lampu isyarat berwarna merah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di sini pada Selasa.

Soffian berkata, setakat ini, polis hanya mengambil keterangan penunggang motosikal berikutan pembonceng motosikal tersebut masih dira.wat di Zon Merah Hospital Pulau Pinang.

“Pembonceng berusia 21 tahun yang tidak bekerja itu masih dirawat kerana ce.de.ra di beberapa bahagian badan.

“Kita akan merekodkan keterangannya selepas keadaan mengizinkan,” katanya.

Mengulas mengenai tang.kapan tujuh lelaki untuk membantu siasatan, Soffian berkata, polis tidak menolak akan menahan beberapa orang lagi bagi melengkapkan siasatan.

“Semuanya berpandukan kepada soal siasat daripada tangkapan pertama ini.

“Selain itu, kita akan melakukan beberapa analisa video yang disebarkan di media sosial sebelum membuat tang.kapan lain (sekiranya ada),” katanya.

Terdahulu, polis mena.han tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes mengepung dan menghalang tiga anggota polis daripada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dalam kejadian kemalangan melibatkan dua lelaki pada petang Ahad.

Soffian berkata, polis menerima laporan daripada salah seorang anggota URB yang terlibat pada Isnin.

“Laporan polis tersebut dibuat selepas anggota terlibat didatangi kira-kira 30 orang awam di lokasi kejadian lalu menuduhnya dan rakan setugas sengaja menen.dang motosikal dinaiki dua lelaki sehingga menyebabkan kemalangan.

“Dalam laporan itu juga, ada orang awam yang menimbulkan provo.kasi dengan cara menolak, mengajak berga.duh selain mengeluarkan kata-kata ugu.tan.

“Laporan polis itu disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Kesek.saan kerana menggunakan kekerasan jena.yah terhadap penjawat awam dan Seksyen 506 akta sama iaitu melakukan ugutan jena.yah,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, tujuh lelaki berusia lingkungan 23 hingga 45 tahun ditahan di sekitar Jalan Patani dan Tanjung Tokong di sini.

“Dua daripada mereka masing-masing memiliki lima dan tiga rekod jena.yah lampau melibatkan kes da.dah. Hasil ujian saringan air kencing mereka mendapati positif gan.ja.

“Selain itu, kita juga menjalankan siasatan terhadap hantaran di media sosial (Facebook dan WhatsApp) yang didapati tidak tepat dan berbaur fit.nah sehingga menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Kesek.saan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Dalam kejadian pada Ahad, sekumpulan lelaki dilihat menge.pung dan menghalang tiga anggota URB dari IPDTL selepas menuduh anggota polis itu menen.dang motosikal yang dinaiki dua lelaki tersebut sehingga menyebabkan kema.langan di persimpangan lampu isyarat di hadapan sebuah pasar raya di Tanjung Tokong.

Kumpulan lelaki itu turut membuat prov.okasi terhadap anggota polis dengan menggunakan kata-kata k3sat.

Sumber : Sinar Harian

Be the first to comment on "Penunggang Motorsikal Akhirnya Tampil Ceritakan Kenapa Tiba Tiba Dia ‘Langgar’ Lampu Merah Sehingga Dilangg4r Kereta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*