Gambar Terakhir Doktor Yang Merawat Pes4kit C0Vid Sebelum Meniinggal Dunia. Rupanya Ketika Arw4h Masih Hidup Dia Banyak Berbakti

Kuala Lumpur: Seorang doktor yang bertugas sebagai barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mening.gal dunia, kelmarin.

Berita sedih itu disampaikan menerusi hantaran dimuat naik Skuad Pengurusan Jena.zah Malaysia (SPJM) di Facebook (FB), semalam.

Menerusi hantaran itu, SPJM memaklumkan, pihaknya dimaklumkan mengenai kema.tian Allah.yarham Dr Ali Noor Hassan melalui akaun FB miliknya.

GAMBAR terakhir Dr Ali yang diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit dipercayai kerana terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat. FOTO ihsan FB SPJM.

“Ar.wah adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jena.zah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lalu.

“Dr Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah.

“Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak,” katanya.

Menurutnya, SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya,” katanya.

Dalam hantaran itu, SPJM berkongsi gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatuh sa.kit kerana beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

Difahamkan beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Gambar Terakhir Doktor Yang Merawat Pes4kit C0Vid Sebelum Meniinggal Dunia. Rupanya Ketika Arw4h Masih Hidup Dia Banyak Berbakti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*