Rider Hantar Makanan Atau Runner Perlu Surat Kebenaran Polis. Menteri Ismail Sabri Jelaskan Kenapa Dia Buat Syarat Begitu

#Gambar rider diatas sekadar hiasan

KUALA LUMPUR: Penghantar makanan perlu mendapatkan surat pengesahan daripada majikan atau kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melalui sekatan jalan raya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu sudah diputuskan hasil perbincangan pihaknya dengan PDRM.

 Foto hiasan

“Kita tahu tidak semua penghantar makanan adalah (bekerja dengan) syarikat popular yang besar. Di bandar kecil, banyak juga yang melantik individu atau syarikat buat penghantaran makanan.

“Kita bincang dengan PDRM iaitu majikan atau individu kena maklumkan kepada polis. Kalau ada majikan, kena keluarkan surat mengesahkan individu itu bekerja sebagai penghantar makanan, manakala secara individu boleh memohon dengan polis.

“Dengan surat daripada majikan dan kebenaran polis, mereka boleh melalui sekatan jalan raya dengan mudah,” katanya pada sidang media di Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.

Mengulas perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, tempoh darurat yang berkuat kuasa ketika ini akan memberi kuasa kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menahan pendatang asing tanpa izin (PATI), menerusi Operasi Benteng secara lebih menyeluruh.

“Dalam kes membabitkan Ops Benteng, mengawal kawasan sempadan negara ianya diketuai ATM. Kuasa pada mereka amat terbatas untuk mengekang PATI (sebelum ini).

“Waktu darurat ini, ATM diberi kuasa seperti polis boleh tangkap (PATI). Kita yakin dengan kuasa (ATM) untuk tangkap PATI di kawasan sempadan terutama di lorong tikus, kita boleh kurangkan kemasukan PATI ke negara ini,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Be the first to comment on "Rider Hantar Makanan Atau Runner Perlu Surat Kebenaran Polis. Menteri Ismail Sabri Jelaskan Kenapa Dia Buat Syarat Begitu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*