Kantoi Guna Wang i-Sinar Seludup Ketum, Apa Yang Dibuat Lelaki Ini Buat Ramai Terkilan

Salah guna wang pengeluaran i-Sinar sekali lagi berlaku apabila seorang lelaki menggunakan duit tersebut untuk menyewa sebuah lori bagi menyeludup daun ketum.

Tindakan lelaki itu walaubagaimanapun membawa padah apabila dia ditahan polis pada Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan jam 12.45 tengah malam.

“Hasil pemeriksaan dalam lori itu menemui 80 karung plastik yang mengandungi daun ketum.

“Lelaki itu dipercayai menyewa lori berkenaan dengan harga RM2,500 sebulan menggunakan wang pengeluaran i-Sinar yang diperolehinya.

“Suspek dipercayai diupah oleh seorang lelaki lain untuk membawa daun ketum itu dari Padang Terap, Kuala Nerang ke Seremban, Negeri Sembilan dengan bayaran RM2,000 untuk satu trip perjalanan,” katanya.

Tambahnya, suspek sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak itu melakukan kegiatan itu seorang diri.

“Nilai keseluruhan daun ketum yang dirampas adalah sebanyak RM22,000.

“Suspek yang berasal dari Sungai Petani ditahan untuk membantu siasatan dan direman empat hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

Sumber : Astro Awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Kantoi Guna Wang i-Sinar Seludup Ketum, Apa Yang Dibuat Lelaki Ini Buat Ramai Terkilan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*