Kesetiaan Edika Yusof Dipuji, Sambut Ulang Tahun Ke-18, Jaga Isteri Lumpuh

Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-18, pelakon Edika Yusof dan isteri meraikannya secara sederhana cukup dengan sebiji kek.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Edika menitipkan ucapan romantis bahawa dia merupakan suami yang bertuah kerana memiliki wanita sehebat isterinya di sisi.

Dalamvideo dikongsikan itu, isterinya, Hidayah sentiasa menguntum senyuman menyambut hari bahagia itu bersama suami tersayang.

Kesetiaan pelakon itu masih diperkatakan apabila Edika sanggup berkorban untuk menjaga isterinya yang lumpuh selama 16 tahun.

Kebahagiaan yang diimpi hanya 2 tahun, mereka kemudian diuji hanya dalam sekelip mata. Ketabahan Edika Yusof menjaga isterinya yang menghidap meningitis sehingga lumpuh ini wajar menjadi iktibar dan dicontohi semua pasangan.

Edika yang sebelum ini pernah popular menerusi filem Maria Mariana mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seni untuk menjaga isterinya, Norhidayah.

Sumber Kredit : RotiKaya

Be the first to comment on "Kesetiaan Edika Yusof Dipuji, Sambut Ulang Tahun Ke-18, Jaga Isteri Lumpuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*