Selepas Tular Video Konon Polis Saman Sebab Tak Pakai Sarung Tangan, Ini Penjelasan Ketua Polis Putrajaya

Semalam viral di twitter rakaman video memaparkan seorang anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya didakwa mengambil tindakan saman kepada seorang pekerja wanita kerana tidak memakai sarung tangan. Rata-rata netizen melahirkan rasa tidak puas hati memandangkan pemakaian sarung tangan bukan dalam prosedur operasi standard (SOP).

Walau bagaimanapun, menerusi Kosmo, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali memberi penjelasan mengenai perkara ini.

Dalam video klip berdurasi 33 saat itu memaparkan Ketua Polis itu sedang menasihati pekerja itu kerana tidak memakai sarung tangan namun, disalah anggap oleh orang ramai. Rakaman tersebut turut menarik perhatian Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kemudian menjelaskan tiada SOP bagi pemakaian sarung tangan.

Walau bagaimanapun, selepas menerima pelbagai kecaman netizen, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali tampil memaklumkan dakwaan netizen adalah tidak benar. Menurutnya, berlaku kekeliruan mengenai video yang viral di twitter itu.

Saman kerana tidak memeriksa suhu

Beliau berkata, anggotanya mengeluarkan saman kerana pekerja itu tidak mengimbas aplikasi MySejahtera dan manual serta tidak mengambil suhu badan sebelum mula bertugas.

Kesalahan utamanya sebagai pekerja, dia sendiri tidak daftar MySejahtera dan manual serta tidak ambil suhu badan. Saya tak saman pun pasal tidak pakai sarung tangan. Saya hanya menasihati juruwang wanita itu supaya memakai sarung tangan yang diberikan oleh majikannya kerana dia berurusan dengan ramai pelanggan di kaunter bayaran.

Bukan tujuan untuk saman sebab tidak pakai sarung tangan tapi klip video itu seolah-olah menunjukkan kami menyaman pekerja itu kerana tidak pakai sarung tangan.

Pekerja wanita itu telah disaman RM1,000 pada 17 Januari lalu di sebuah pasaraya di Presint 8, di sini kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber : Fundoelous, Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Selepas Tular Video Konon Polis Saman Sebab Tak Pakai Sarung Tangan, Ini Penjelasan Ketua Polis Putrajaya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*